Makanan Ethiopia di Injera, Koln.

Kawan-kawan pernah tak makan makanan dari negera Eritrean-Ethiopia? Curious nak tahu macam mana rasanya? Penulis berpeluang mencuba makanan unik ini di sebuah restoran di Koln sewaktu melawat rakan penulis yang menginap di sana. Suami penulis mencadangkan untuk singgah makan di restoran ini atas cadangan rakannya.

Injera adalah nama roti yang menjadi makanan ruji penduduk Eritrean-Ethiopian. Ianya diperbuat dari doh masam. Secara tradisinya roti ini bukan sahaja untuk dimakan tapi dalam masa yang sama menjadi alas menggantikan fungsi pinggan. Beberapa masakan akan dihidang di atas roti untuk dinikmati bersama.

Penulis dan suami memesan set hidangan platter untuk 2pax. Hidangan terdiri daripada beberapa keping roti injera. kiub daging lembu dipanggang dengan pes lada cayenne, kaserol daging, stew bawang yang dimasak bersama mentega dan hidangan vegetarian yang terdiri daripada kacang dhal, lobak merah, kacang hijau, daun kucai, kacang kuda dan lada pedas.

Rasa hidangan ni boleh tahan juga. Bila makan roti injera, terasa macam makan tossai pulak. Rasa masam tu terasa. Cara makan makanan Eritrean-Ethiopia ni mesti menggunakan tangan. Macam makan roti canai kat Malaysia. Cicahkan roti injera tu pada hidangan dan masuk ke mulut.

Hidangan berasaskan daging yang disediakan kebiasaannya menggunakan rempah ratus seperti buah pelaga, allspice, cengkih, ketumbar atau halia. Manakala sayur-sayuran pula direbus ataupun digoreng dengan mentega. Penulis juga mencuba minuman lemon pudina panas dengan madu. Rasanya memang menyegarkan.

69941820_10157372812062591_6488868060022177792_n.jpg

Kalau anda berada di Koln dan nak rasa masakan Eritrean-Ethiopia, bolehlah singgah ke restoran ni. 

Injera Restaurant

Address: Lindenstraße 86, 50674 Köln
Opening Hours: 6.00 PM – 12.00 AM
Phone: 0221 9984942
Website: http://injera-restaurant.de/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s