Penulis baru sahaja berpindah ke Haar yang terletak di Selatan Germany. Ianya masih dalam teritori Munich tetapi berada di pinggiran bandar. Penulis tiba awal di Haar berbanding suami. Jadi untuk mengisi masa terluang, penulis mencuba makanan India di restoran yang bernama Guru. Restoran ini terletak dekat dengan lokasi rumah penulis.
Pada mulanya penulis merasa agak skeptikal. Almaklumlah, takut rasanya tak seperti yang diharapkan. Orang Jerman tak tahan makanan pedas. Jadi penulis takda apa-apa expectation.
Namun Guru memang tak menghampakan. Penulis makan seorang sahaja kali ni. Cuaca di Haar agak sejuk ketika ini, dalam 6 darjah Celcius. Jadi penulis memesan Chai dan set Jheengha Masala dari set makan tengahari mereka. Set ini datang sekali dengan sup tomato.
Fuh…sup tomatonya memang pekat likat dan terasa ketumbarnya. Dipasangkan pula dengan Chai yang dimasak bersama rempah seperti buah pelaga dan cengkih. Hilang sejuk yang terasa digantikan dengan rasa panas yang hangat.
Jheengha ini dalam bahasa Melayunya adalah udang. Jadi Jheenga masala bermaksud udang masala. Bila penulis hirup kuahnya, memang terasa lemak berkrim dan kaya rasa udang. Penulis rasa pasti masala dan udang ini dimasak dengan masa yang lama kerana rasanya sudah sebati. Restoran ini juga tidak lokek dengan udang. Memang puas penulis makan udang yang diletakkan dalam hidangan masala mereka.
updated:
Semalam, penulis dan suami singgah lagi ke Guru. Kali ini kami memesan hidangan Apni Thali untuk dikongsi berdua. Hidangan Thali ini mirip hidangan banana leaf di Malaysia. Yang menariknya tentang hidangan Apni Thali ini adalah kami tiada idea tentang masakan yang akan dihidang nanti. Apni Thali merupakan hidangan kejutan dari chef. Berdebar-debar juga hati dibuatnya. Sementara menunggu, kami menjamah papadom percuma yang disediakan restoran. Papadom dihidang dengan tiga jenis pencicah. Jeruk mangga, sos pudina dan kuah rempah.
Setelah menunggu dalam 20 minit. Hidangan yang kami pesan telah pun sampai. Tada….
Setiap hidangan tali disertai dengan beberapa keping roti naan dan nasi putih basmati. Rasa dan tekstur roti naan sangat lembut tetapi rangup. Nasi putihnya juga dimasak sempurna.
Mengikut urutan jam, hidangan pertama adalah palak paneer atau pun keju yang dimasak dengan bayam. Penulis memang penggemar bayam. Walaupun dimasak dengan keju, rasanya tidak memuakkan.
Hidangan ke dua adalah raita ataupun yogurt. Yogurt ini dicampurkan dengan daun ketumbar dan beberapa rempah. Rasanya tidak terlalu masak. Jika tak tahan pedas, hidangan ini dapat membantu mengurangkan pedas pada lidah dan bibir.
Hidangan ke tiga pula adalah Ente Mango ataupun hidangan daging itik yang dimasak dengan sos campuran manga, safran, biji gajus dan kismis. Hidangan ini agak manis, mengingatkan penulis tentang masakan tajin yang pernah penulis makan di Granada. Tapi rasa mangganya yang segar memang terasa.
Hidangan ke empat pula adalah chicken masala. Penulis memang peminat chicken masalah. Rasanya berlemak dan cukup dengan rempah ratus. Tidak terlalu pedas. Suami penulis kata, rasanya seperti masakan yang selalu keluarganya masak di Yaman.
Akhir sekali, kami menikmati ais krim mangga yang ditaburi dengan hirisan badam. Walaupun cuaca di luar mencecah -1 degree Celcius. Tapi rasanya ais krim ini amat berbaloi. Menggigil-gigil kami balik ke rumah berjalan kaki selepas itu.
Kalau anda ada di Haar dan berminat untuk singgah makan di sini. Di bawah terdapat alamat dan maklumat tentang restoran tersebut. Selamat menjamu selera.
Guru
Address: Wasserburger Landstraße 204A, 81827 München
Opening Hours: 11.30 AM – 2.30 PM & 5.30 PM – 11.00 PM
Phone: 089 43777227
Website: http://www.guru-restaurant.de/
Haar ini terletak di pinggir bandar Munich. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak restoran menarik di sekitar Munich, penulis ada sediakan pautan ulasan penulis terhadap restoran sekitar Munich di bawah untuk dijadikan panduan.
3 comments