Sewaktu melawat Amsterdam. Penulis berpeluang singgah ke restoran makanan Indonesia bernama Sari Citra. Terletak tidak jauh dari pasar Albert Cuyp yang terkenal. Restoran ini menjadi tumpuan pengunjung yang sudah semestinya datang dari negara Indonesia dan Malaysia.
Penulis sendiri cukup rindu untuk makan masakan Padang. Terasa amat bersyukur kerana negara Belanda mempunyai banyak komuniti Indonesia. Penulis memang rindu benar nak makan sambal hijau dan ikan balado. Negara Belanda ni memang terkenal dengan ikan segar. Jadi penulis sedikit teruja mahu merasa masakan Indonesia yang berasaskan ikan.
Sari Citra ada menyediakan hidangan masakan padang dan masakan panas. Masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng atau gado-gado mempunyai harga tetap. Kalau nak makan nasi campur, setiap hidangan yang dipilih akan ditimbang mengikut 100 gram. Jadi lagi banyak yang anda pilih, lagi bertambah harganya. Tapi jangan risau, Pengalaman penulis sendiri bila makan di sini, walaupun penulis letak berapa banyak jenis pun, harga keseluruhan masih kurang dari 10 Euro. Agak murah berbanding restoran Indonesia lain sekitar Amsterdam.
Makanan di sini memang memuaskan. Rasa pedas dan taucu memang terasa. Rendang daging juga lembut. Penulis penggemar masakan ikan. Sambal ikan yang dihidang memang menyelerakan. Cumi (sotong) pun marvelous. Restoran ini juga ada menjual snek dan kuih muih. Penulis mencuba karipap ayam dan kuih ketayap. Memang terasa manis kelapa dan gula melaka sewaktu menjamah kuih ketayap.
Kalau anda berada di Amsterdam dan teringin hendak merasa masakan Indonesia yang sedap. Penulis memang cadangkan untuk singgah di restoran ini. Pasti anda tak akan menyesal. Alamat restoran ada disediakan di bawah.
Sari Citra
Address: Ferdinand Bolstraat 52bg, 1072 LL Amsterdam, Netherlands
Opening Hours : 12.00 PM – 9.00 PM
Phone: +31 20 675 4102
Website: http://www.saricitra.nl/nl