Makanan Jewish di Nonna Betta, Rome.

Melihat pada tajuk, mesti ada yang pelik. Penulis berada di kota Rom, tetapi makan di restoran Jew pula. Restoran Nonna Betta ini adalah antara restoran yang menyajikan masakan kosher yang terkenal di Rom.

Penulis melawat kota Rom sewaktu musim panas. Setelah berjalan di bawah terik mentari yang menyengat, penulis sangat-sangat dahagakan air. Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran, pelayan terus sahaja menghidangkan satu jug air yang dingin. Penulis dan suami terus minum hingga habis satu jug. (Peringatan ya, jug air itu tidak percuma.) Kota Rom mempunyai banyak sumber air percuma, jadi seeloknya bawa botol air kosong ke mana-mana.

Berbalik kepada hidangan makanan, ramai yang mencadangkan untuk memesan artichoke goreng sebagai hidangan pembuka selera. Ada yang kata, rasanya lemak seperti jantung pisang yang digoreng, pada pendapat penulis. Hidangan ini mengingatkan penulis pada snek ubi goreng yang dijadikan hidangan minum petang di Malaysia. Artichoke dilumur dengan garam dan digoreng begitu sahaja. Kebiasaannya, artichoke menjadi hidangan sewaktu musim sejuk, tapi senang juga nak jumpa pada musim panas.

nb3

Penulis menikmati hidangan “tripe of the ghetto in tomato sauce” ataupun dalam bahasa Melayunya, perut lembu dimasak bersama sos tomato. Sepanjang usia penulis yang biasa memakan perut lembu, penulis memang puji tekstur perut lembu yang dihidangkan. Sangat lembut dan cair di mulut. Untuk menambahkan lagi nikmat menjamah makanan ini, pelayan mencadangkan agar keju pecorino (keju popular di Rom) ditabur di atas hidangan. Memang sedap sangat.

nb1

Suami penulis pula mencuba hidangan “stewed beef tail” atau stew ekor lembu. Tekstur dagingnya lembut dan lerai dengan mudah. Rasa stew pekat dan cukup dengan rempah ratus. Memang sedap dicicah dengan roti chiabatta yang dihidangkan. (roti juga tidak percuma).

nb2

Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang disediakan. Jika anda ke kota Rom dan mahu menikmati hidangan enak seperti kami, di bawah ini ada disediakan maklumat tentang restoran Nonna Betta.

Nonna Betta

Address: Via del Portico d’Ottavia, 16, 00186 Roma RM, Italy
Opening Hours: 12.00 PM – 5.30 PM & 6.00 PM – 10.30 PM
Phone: +39 06 6880 6263
Website: http://www.nonnabetta.it/wp/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s