Hidangan Tapas di Jimão Tapas e Vinhos, Porto.

Penulis melawat Porto pada pengakhiran musim bunga. Cuaca sudah mulai hangat dan cahaya matahari agak menyengat. Tapi penulis tidak mahu melepaskan peluang untuk menyusuri tebing sungai di tempat paling terkenal di Porto, Riberia.

Penulis dan suami sebenarnya tidaklah terlalu lapar, jadi apabila kami tiba di depan pintu restoran, kami tertarik dengan perkataan Tapas yang tertulis pada nama restoran tersebut. Penulis memang amat sukakan tapas. Pada yang tidak tahu, tapas bermaksud hidangan pembuka selera ataupun makanan ringan yang popular berasal dari negara Sepanyol. Ianya mempunyai pelbagai variasi, ada yang dimakan panas, sejuk dan adanya dijadikan jeruk. Apa sahaja boleh dijadikan tapas jika kena caranya. Jadi penulis merasa teruja untuk mencuba tapas versi Portugal.

Hidangan pertama yang kami cuba adalah Gulas C/ Gambar ataupun anak belut bersama udang. Sewaktu menjamah tapas tersebut, penulis pada mulanya tidak tahu yang ianya merupakan anak belut. Penulis menganggap apa yang penulis makan merupakan mi yang enak. Penulis bagaimanapun bertanya kepada pelayan, dan dia memberitahu bahawa ianya anak belut. Perasaan penulis agak bercampur baur. Penulis amat gemar makan belut, tetapi rasa bersalah bila memakan anak belut. Sama perasaannya seperti memakan anak ayam. Tapi oleh kerana tapas ini amat sedap, perlahan-lahan rasa bersalah itu beransur-ansur hilang.

54008947_10156947222837591_7516562242561638400_o

Hidangan tapas kedua yang kami makan bernama “risoto de polvo” ataupun risoto sotong kurita. Tekstur risoto agak lembut tetapi ianya seakan-akan bubur, tekstur risoto sepatutnya lebih kenyal dan melekit. Risoto yang kami nikmati dimasak dan direneh bersama janggut sotong kurita. Rasanya agak sedikit masin, tetapi tekstur sotong amat lembut.

54279354_10156947222712591_4556537362741460992_o

Seterusnya, kami memilih hidangan tapas “bochechas de bacalhau” yang dibuat daripada pipi ikan cod. Ikan cod memang amat digemari di Portugis. Banyak hidangan makanan ringan diperbuat daripada ikan tersebut. Jadi penulis tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati versi hidangan ikan kod dari restoran ini. Pipi ikan dicampur dengan kentang lecek dan diperasakan dengan garam dan beberapa jenis herba. Sos putih (gabungan keju dan krim) kemudian dituang ke atas nya. Rasanya mengingatkan penulis pada snek bergedil yang ada di Malaysia.

54515178_10156947222882591_3061532059584430080_o

Hidangan terakhir merupakan hidangan pencuci mulut, panna cotta dengan sos beri. Rasa panna cotta memang manis dan berlemak. Sos beri pula memberikan rasa masam yang menyegarkan. Sedap dimakan sejuk.

54279444_10156947222937591_701176595305463808_o

Secara keseluruhannya, penulis amat berpuas hati dengan hidangan yang kami pilih. Pelayan di restoran ini juga amat peramah dan perihatin. Beliau sentiasa bertanyakan tentang maklumbalas untuk setiap hidangan yang kami cuba. Sewaktu kami memberitahu padanya adakah, risoto dengan sotong kurita memang berasa masin. Dengan cepat beliau bertanya, adakah kami mahukan hidangan ditukar atau diganti.

Jika anda ke Porto dan melawat riberia ada di dalam itinerari anda. Penulis mencadangkan restoran ini pada anda.

Jimão Tapas e Vinhos

Address: Praça Ribeira nº 11 12, 4050-509 Porto, Portugal
Opening Hours:  12.00 PM -10.00 PM
Phone: +351 22 092 4660
FB Page: https://www.facebook.com/Jimaotapasevinhos/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s