Nama Resepi : Pankek
Masa penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 10 minit
Tentang pankek :
Pankek adalah sejenis hidangan sarapan pagi yang mudah untuk disediakan. Ia boleh sahaja dinikmati dengan jem, madu, sos coklat, sirap caramel dan juga buah-buahan.
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil yis
- 1/4 cawan mentega yang dicairkan
- 1 atau 2 biji telur
- 1 cawan air
- 2 titik esen vanila (tidak diwajibkan)
- Secubit garam
Cara membuat :
- Satukan tepung, serbuk penaik, yis, gula dan garam di dalam mangkuk. (Ayak jika mahu).
- Tuangkan mentega yang telah dicairkan dan titikkan esen vanila ke dalam campuran tepung dan bahan-bahan lain tadi. Gaul rata.
- Pecahkan sebiji telur (jika anda suka tekstur yang lebih gebu, boleh guna dua biji telur) ke dalam adunan dan teruskan menggaul.
- Tuang air sedikit demi sedikit dan teruskan menggaul hingga anda mencapai konsistensi adunan yang anda inginkan. (pastikan adunan tidak terlalu cair ataupun berketul-ketul)
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega.
- Tuangkan adunan ke atas kuali.
- Balik- balikkan pancake supaya tidak hangus.
- Pancake sedia untuk dihidang.
Tip: Agak sukar mengagak waktu yang sesuai untuk membalikkan pancake. Triknya adalah memberi perhatian pada permukaan pancake. Jika anda melihat permukaan pancake sudah pun berbuih-buih, ianya adalah masa sesuai untuk membalikkan pancake supaya pancake tidak hangus.