Taiping telah tersenarai sebagai bandar ketiga paling lestari pada tahun lepas. Ianya adalah kejayaan yang besar untuk bandar kecil ini. Tak ramai yang tahu, bandar bersejarah ini mempunyai sekurang-kurangnya 33 lokasi bersejarah yang pertama di Malaysia. Penulis tak berkemampuan nak senaraikan semua, jadi penulis cuma pilih 8 lokasi yang paling terkenal dan mesti dilawati jika anda ke Taiping.
Muzium Taiping

Muzium ini merupakan yang pertama dan tertua di Malaysia. Ianya diasaskan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low (Residen British di Perak yang ke empat.)
Bangunan muzium ini telah berusia lebih daripada 120 tahun. Rekaan bangunan bertemakan Neo Klassikal. Terdapat 4 galeri yang boleh anda lawati. Pameran terdiri daripada koleksi ethnologi dan anthropologi.
Jika anda berminat untuk melawat, di sini ada disediakan info untuk anda jadikan rujukan.
Muzium Perak
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM 2.00 | Kanak-Kanak : Percuma
- Waktu Operasi – Setiap Hari : 9.00 A.M – 6.00 P.M
- Alamat – Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia.
- Facebook.
Penjara taiping

Penjara ini merupakan penjara pertama di Malaysia. Ianya masih teguh berdiri hingga hari ini. Penjara ini dibina pada tahun 1879 oleh British. Ianya terlebih dahulu dikenali sebagai Taiping Gaol.
Struktur asal penjara ini terdiri daripada 9 kaki tinggi pagar kayu dan 5 buah bangunan separa bata yang bersambung di tengah-tengah. Setiap sayap boleh menempatkan sebanyak 50 tahanan dalam satu masa.
PS : Penjara Taiping tidak dibuka untuk orang awam. Tapi kalau nak merasa masuk ke dalam, itu bukan masalah yang besar. Cuma jika nak keluar dari situ yang jadi payah.
Stesen Keretapi Lama Taiping.

Taiping adalah antara bandar terawal yang dibuka di Malaysia disebabkan oleh aktiviti perlombongan timah yang pesat di kawasan tersebut. Oleh kerana itu, tak hairanlah jika stesen keretapi pertama yang dibuka di Malaysia terletak di bandar Taiping.
Stesen Keretapi ini dibina bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah ke perlabuhan. Landasan keretapi pertama panjangnya adalah 13 kilometer dan ianya menghubungkan Taiping dengan Pelabuhan Weld (Kuala Sepetang).
Stesen Keretapi ni masih ada, tetapi tidak lagi berfungsi sebagai stesen keretapi, ia telah diubahfungsi menjadi Restoran burger. Jika anda berminat untuk melawat dan mengambil gambar sambil menikmati burger bakar. Info ada disediakan di bawah.
LA Burger Kukus Bakar, Taiping
- Waktu Operasi – Setiap Hari (tutup Rabu) : 5.00 P.M – 12.00 A.M
- Alamat -Stesen Keretapi Lama, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
- Facebook.
Taman Tasik Taiping
Taman tasik ini merupakan taman tasik yang pertama di Malaysia. Tasik yang besar ini asalnya merupakan sebuah bekas lombong bijih timah. Ianya telah berubah wajah menjadi sebuah taman tasik yang cantik dan di selenggara dengan amat baik.
Terdapat 10 buah taman dan kolam berada di taman tasik ini. Ianya juga telah digazetkan sebagai salah satu warisan negara.
Taman Tasik Taiping telah memenangi beberapa anugerah termasuk ” Anugerah Bandar & Taman Bandar Terbaik 2018″, Destinasi Pelancongan Eco & Warisan terbaik” oleh Majlis Pelancongan Malaysia dan “Anugerah Inisiatif Hijau” pada Majlis Anugerah Landskap dan Seni Bina Malaysia 2017.
Jangan lepaskan peluang melawat Taman Tasik Taiping. Info ada di sediakan di bawah.
Taman Tasik Taiping
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat – Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia
Bukit Larut

Bukit larut merupakan tempat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia. Asalnya, tempat peranginan ini dikenali sebagai Maxwell Hill. Namun pada tahun 1978, ianya bertukar nama kepada Bukit Larut.
Bukit Larut dibuka oleh William Edward Maxwell (Residen British di Perak) pada tahun 1884 sebagai tempat peranginan untuk pegawai-pegawai British berehat.
Bukit Larut telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal pada tahun 1910. Ianya amat popular dikalangan pemerhati burung. Kenderaan peribadi tidak dibenar untuk naik ke atas, pengunjung perlu menggunakan khidmat jip yang disediakan di kaki bukit.
Jika anda berminat untuk melawat, info ada disediakan di bawah.
Pusat Peranginan Bukit Larut
- Bayaran Land Rover – Land Rover Fee Dewasa : RM 10.00 | Kanak-Kanak : RM 5.00
- Waktu Operasi Land Rover – Setiap Hari : 8.00 A.M – 5.00 P.M
- Alamat -Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia.
Gereja All Saint

Gereja All Saints merupakan gereja Inggeris yang pertama dibina di Persekutuan Tanah Melayu. Ianya dibina pada tahun 1887. Gereja ini adalah kepunyaan the Anglican Diocese of West Malaysia.
Gereja ini dibina hampir sebenuhnya menggunakan kayu balak dari pokok meranti. Ianya mempunyai sebuah menara louver, empat buah loceng berbentuk tiub dan tingkap kaca berwarna yang cantik.
Gereja ini juga berada dalam senarai tapak warisan kebangsaan oleh kerajaan Malaysia.
Gereja ini hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu, jika berminat untuk melawat. Boleh rujuk info di bawah
Gereja All Saint
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – Jumaat : 8.00 A.M – 8.00 P.M
- Alamat – Jalan Taming Sari, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak, Malaysia.
Muzium Telegraf Taiping

Muzium ini pertama kali dibuka pada umum pada tahun 2018. Ianya bukan sahaja merupakan muzium telegraf pertama Malaysia. Ia juga terletak di lokasi asal di mana pejabat pos dan telegraf pertama di Malaya berada.
Pejabat pos dan telegraf (nama asal kepada Telekom Malaysia Berhad (TM)) yang pertama di Malaya dibuka pada tahun 1883. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang sejarah pos dan telegraf di Malaysia. Jangan lepaskan peluang melawat muzium ini.
Info tentang muzium ada disediakan di bawah.
Muzium Telegraf Taiping
- Bayaran Masuk – Dewasa : RM8 |Kanak-kanak & Warga emas :RM5 |Pelajar – RM3
- Waktu Operasi – Setiap hari : 9.00 A.M – 5.00 P.M
- Alamat – 2664, JALAN STESEN, 34000, TAIPING, PERAK
- Laman Web Rasmi
Menara Jam Taiping

Menara Jam Taiping adalah menara jam pertama yang dibina di Malaysia. Ianya merupakan mercu tanda ikonik yang terdapat di Taiping.
Menara jam ini asalnya dibina menggunakan kayu pada tahun 1881. Namun selepas 9 tahun, ianya dibina semula dengan menggunakan bata.
Menara jam ini pernah menjadi sebahagian daripada bangunan Balai Polis dan Bomba Taiping sebelum kedua-duanya berpindah ke lokasi lain. Menara ini kini dipelihara sebagai sebahagian lokasi bersejarah di Taiping.
Jika anda berminat melihat sendiri menara jam ini. Info ada disediakan dibawah.
Menara Jam Taiping
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
- Alamat -馬來西亞, 55, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak, Malaysia