Sarapan pagi di If Café, Prague

Sewaktu melawat Prague bersama-sama rakan baru-baru ni, penulis sempat mencuba sarapan pagi dan pencuci mulut yang ada disediakan di Kafe ini. Suami penulis yang mencadangkan kafe ini. Katanya dia pernah singgah makan sewaktu lawatan kerja dan menikmati kek pistachio di kafe ini. Rasanya agak sedap.

Penulis sebenarnya amat sukakan pistachio tetapi bukanlah penggemar kek. Namun, apa salahnya mencuba kan.

Untuk sarapan, penulis memesan omelette yang dihidangkan bersama salad dan double esspresso. Omelette atau telur dadarnya dimasak bersama keju cheddar dan ditabur beberapa jenis herba, penulis ada terasa chives dan daun rosemary.

Omelette dimasak dengan baik, tidak terlalu garing dan tidak terlalu lembik. Skeptical juga bila melihat ada lapisan keju cheddar di bahagian tengah. Keju memberi rasa lemak dan masin garam juga terasa pada telur.

Salad pula dihidangkan dengan sos vinegrette. Penulis kurang gemarkan salad. Tapi kombinasi sos dan salad agak kena dengan tekak penulis. Rasa manis dan masam yang seimbang.

Double espresso yang penulis pesan rasanya biasa sahaja. Agak kurang kaw bagi penulis. Tak celik biji mata gitu. Tapi yang seronoknya, kafe ini turut memberikan juice booster secara percuma. Rasanya manis dan penulis dapat rasakan rasa halia, epal hijau dan seleri. Air putih juga ada diberikan percuma.

Inilah kek pistachio yang ingin dicuba. Makanan manis memang sesuai dipasangkan dengan kopi pahit. Penulis masih memesan, kopi double esspresso (itulah kopi yang paling “kaw” mereka ada).

Rasa kek pistachio ini memang on point. Rasanya tidak manis dan memang kuat rasa kacang pistachionya. Tekstur kek juga lembut dan berkrim. Tidak terasa kesat pada tekak. Memang berbaloi untuk dicuba.

Satu lagi manisan yang dipesan adalah hazelnut moose. Rasanya seperti Nutella tetapi kurang manis. Pada yang sukakan coklat Ferrero Roche, pasti akan suka pada hidangan ini. Teksturnya juga lembut dan cair di mulut.

If Cafe ini rupa-rupanya ada mempunyai akademi penyediaan pastri untuk melatih chef-chef pastri. Penulis akui yang penulis memang tidak sukakan hidangan manis atau pencuci mulut. Tetapi hidangan yang penulis cuba tidak mengecewakan.

Kalau anda berpeluang ke Prague dan mahu mencuba sendiri. Info tentang Restoran ada disediakan di bawah.

If Cafe

Address: Belgická 30, 120 00 Vinohrady, Czechia
Opening Hours: 8.00 AM – 8.00 PM (setiap hari)
Official Website: https://ifcafe.cz/info/18-if-cafe-belgicka

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s