Kebab Ayam

Nama Resepi : Kebab Ayam
Masa penyediaan: 1 Jam
Masa Memasak: 30 Minit.

Tentang kebab :

Kebab adalah makanan yang berasaskan daging lembu, kambing atau ayam yang diperap dengan rempah ratus, dicucuk dengan lidi dan dipanggang. Makanan ini berasal dari timur tengah.

kebab2

Bahan-bahan 

  • 2 keping dada ayam (dipotong dadu sederhana besar)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk paprika/cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 lada benggala hijau
  • 1/2 lada benggala merah
  • 8 biji cendawan (penulis guna champignon)
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • Beberapa batang lidi

Cara membuat :

  1. Satukan serbuk kunyit, serbut jintan manis, serbuk paprika/cili, serbuk lada hitam, serbuk bawang putih dan garam.
  2. Lumurkan pada ayam yang telah siap dipotong dadu.
  3. Percikkan kira-kira dua sudu besar minyak zaitun ke atas ayam untuk memudahkan rempah ratus melekat.
  4. Gaul sehingga semua bahagian dada ayam disaluti rempah.
  5. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
  6. Basuh bersih bawang besar, lada benggala dan cendawan.
  7. Potong kesemuanya kira-kira besar potongan ayam.
  8. Setelah cukup 1 jam ayam diperap, cucuk ayam yang didadu tadi dengan lidi.
  9. Lapiskan daging ayam dengan bawang, lada benggala dan cendawan. (Sila rujuk gambar jika mahu ikut susunan penulis.
  10.  Panaskan kuali.
  11. Letakkan kebab yang telah siap dicucuk tadi.
  12. Renjiskan sedikit dengan minyak zaitun.
  13. Balik- balikkan kebab supaya ia masak dengan rata.
  14. Gril kebab dalam anggaran masa 20 hingga 30 minit.
  15. Jangan gril terlalu lama, takut daging kebab menjadi terlalu kering.

Tip: Jika mahu daging kebab masak dengan cepat, boleh kecilkan potongan. Tapi jangan terlalu kecil, nanti susah nak cucuk pada lidi.

kebab1
Kebab yang dah siap dimasak, boleh makan dengan roti tortilla dan sos pencicah kegemaran anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s