Menikmati Tapas di Casa Lola, Malaga.

Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke Malaga pada tahun lepas. Malaga ini terletak di bahagian selatan negara Sepanyol. Ianya juga merupakan antara destinasi percutian yang popular di negara Eropah kerana kos tiket penerbangan ke bandar ini amat murah.

Tarikan utama Malaga adalah pantainya. Setiap kali musim panas, ramai pengunjung terutamanya dari negara Eropah berpusu-pusu datang ke sini. Tapi penulis tidak berminat pada pantainya, penulis lebih berminat pada makanan menarik yang terdapat di sini. Reputasi masakan Sepanyol boleh dikatakan sama hebatnya dengan masakan Itali dan Perancis. Penulis amat teruja dengan hidangan Tapas.

Tapas merupakan hidangan makanan Sepanyol yang di hidang dalam skala kecil dan kebiasannya dijadikan hidangan pembuka selera. Ianya amat sesuai untuk sesiapa yang suka mencuba pelbagai jenis makanan. Bila melihat tapas, ianya mengingatkan penulis pada sushi. Bezanya tapas dihidang di atas roti.

Antara restoran pilihan penulis adalah Casa Lola. Sewaktu datang ke sini. Restoran ini penuh dengan pengunjung. Lama juga penulis perlu beratur menunggu giliran. Namun, pekerja restoran amat efisien dan melayan kami dengan baik sepanjang kami menjamu selera.

Penulis memesan beberapa jenis tapas dan penulis tidak kecewa dengan rasa makanan yang dihidangkan. Dalam banyak-banyak negara Eropah yang penulis pernah pergi, orang Sepanyol adalah di antara yang pandai menggunakan rempah ratus dalam masakan mereka. Mungkin kerana kedudukan negara itu yang dekat dengan timur tengah dan beberapa negara Afrika contohnya negara Moroko.

Antara hidangan yang penulis pesan adalah udang pedas berkuah yang dimasak bersama bawang putih (spicy shrimp with garlic), dan sotong yang ditabur dengan serbuk cili dan dicicah sos guacamole (Octopus slice with chili powder and guacamole). Rasa kedua-dua tapas ini, pedas-pedas manja sahaja. Tapi kedua-duanya diperasakan dengan cukup baik. Udang dan sotong yang digunakan juga lembut dan dimasak dengan baik. Memang masih rasa segar dan manis.

Cs

Selepas itu, penulis mencuba pula hidangan ala-ala sate ayam (chicken skewer) , keju kroket (cheeze croquettes) dan gazpaco Andalusia (gazpacho Andalus). Frankly, keju kroketnya biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab penulis sudah terbiasa makan keju kroket, jadi tiada apa yang menarik di situ. Sate ayam diperasakan dengan baik. Dagingnya juga lembut. Penulis sebenarnya memang tidak gemar memakan sup sejuk (cold soup). Tetapi oleh kerana pelayan mencadangkan gazpaco Andalusia, katanya ini adalah satu hidangan yang cuma boleh didapati pada musim-musim tertentu. Jadi apa salahnya mencuba. Bila menjamah hidangan, memang tak kena selera penulis. Tapi suami penulis pula suka rasanya. Gazpaco yang kami pesan merupakan sup tomato sejuk yang dihidang dengan cebisan ikan tuna dan telur puyuh.

Cs1

Hidangan seterusnya adalah gandingan udang dengan cili jeruk bersama sos guacamole (shrimp with guacamole) dan gandingan sardin dengan tomato kering (sardine with dried tomato). Hidangan ni memang nampak simple. Tapi penulis amat suka. Pertama, sebab rasa minyak zaitun yang direnjis di atas hidangan dan kedua adalah kerana rasa ikan dan udang memang masuk dengan jeruk cili dan tomato kering tersebut. Memang terasa dalam mulut kombinasi rasa manis, masin, masam dan pedas. Kedua-dua hidangan ini, bagi penulis antara yang mesti dicuba.

cs2

Antara hidangan lain yang penulis pesan adalah hirisan salmon yang direnjis minyak zaitu (salmon slice with olive oil), sotong dengan sos guacamole (octopus with guacamole) dan hirisan ikan kod dengan sos krim keju bercili (cod slice with chilli cream cheese). Rasa ikan dan sotong manis dan segar. Pasangan sos juga sesuai. Ikan kod tidak mempunyai rasa yang kuat berbanding ikan salmon. Jadi sos krim keju bercili menaikkan lagi rasa ikan kod. Ikan salmon pula memang mempunyai rasa lemak, cukup cuma direnjiskan dengan minyak zaitun sebagai penambah rasa.

cs3

Untuk hidangan penutup pula, penulis memilih dua hidangan iaitu salad makanan laut (seafood salad) dan kepingan tuna bersama bawang dan minyak zaitun (tuna with onion dipped in olive oil). Minyak zaitun dapat mengurangkan rasa hanyir pada tuna dan bawang pula membantu menyeimbangkan rasa tuna yang agak kuat. Salad makanan laut pula terdiri daripada beberapa jenis kerang-kerangan seperti kupang dan kepah, isi ketam tiruan, potongan sotong, tomato dan lada benggala yang digaul dengan minyak zaitun. Rasa makanan laut dan asid dari tomato agak seimbang dan tidak keterlaluan.

Jadi jika anda singgah di Malaga dan ingin mencuba sendiri hidangan tapas ini. Anda bolehlah singgah ke Casa Lola Malaga. Restoran ini juga ada cawangan lain di beberapa lokasi di negara Sepanyol. Maklumat lanjut ada disediakan di bawah.

Casa Lola Malaga

Address: Calle Granada, 46, 29015 Málaga, Spain
Opening Hours: 12.30 PM – 12.00 AM (daily)
Phone: +34 952 22 38 14
Website: https://tabernacasalola.com/

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s