Nama Resepi : Sup Cendawan Berkrim
Masa penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak: 30 Minit.
Tentang sup cendawan :
Sup cendawan ada pelbagai versi. Versi yang penulis kongsikan hari ini adalah cendawan jenis champignon yang dikisar dan dimasak bersama susu atau krim.
Bahan-bahan
- 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
- 4 ulas bawang putih (potong dadu)
- 8 biji cendawan (hiris)
- Segenggam daun parsli (hiris)
- 1/2 sudu kecil serbuk oregano
- 1/4 mentega
- 1/2 cawan krim pekat
- 1 mangkuk air stok ayam / 1 ketul kiub pati ayam
- 2 sudu besar tepung gandum (campur sedikit air)
Cara membuat :
- Panaskan mentega di dalam kuali dan karamelkan cendawan hingga mengeluarkan jus.
- Keluarkan cendawan dari kuali dan bahagikan kepada dua bahagian.
- Kisar sebahagian cendawan.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam kuali dan tumis.
- Masukkan semula cendawan yang telah dikisar.
- Masukkan bancuhan tepung dan gaul.
- Tuang air stok ayam.
- Bila mendidih, masukkan krim pekat.
- Taburkan lada hitam, oregano dan parsli.
- Perasakan dengan garam.
- Tutup api bila sup sudah berbuih.
- Sup cendawan siap untuk dihidang.
Tip: Jika tiada krim pekat, boleh gunakan susu segar.