Masakan Malaysia di Nur Malaysia, Paris.

Sewaktu melawat Paris. Penulis berkesempatan singgah ke Restoran Nur Malaysia. Restoran ini agak terkenal di kalangan pelancong Malaysia yang datang ke Paris.

NM

Penulis dan suami dihidangkan dengan keropok udang sebagai hidangan pembuka selera. Keropok udang ini diberi percuma kepada semua pelanggan.

nm1

Jika sampai ke restoran Malaysia, cuma ada satu makanan sahaja yang menjadi perhatian penulis. Tak lain tak bukan, nasi ayam. Nasi ayam merupakan makanan kegemaran penulis. Walaupun sekarang penulis sudah tahu cara memasak nasi ayam. Tapi penulis tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan nasi ayam jika ianya ada terdapat di restoran.

nm4

Saiz bahagian ayam yang dihidangkan agak besar, berpadanan dengan harganya. Rasa ayam agak manis, mungkin kerana jenis sos soya yang digunakan sewaktu perapan. Walaubagaimanapun, tekstur daging ayamnya agak kering. Mujur ada sup. Agak membantu menutup kekurangan pada tekstur ayam. Nasinya cukup rasa, cuma penulis berharap sayur-sayuran dapat dilebihkan lagi.

Suami penulis pula memesan nasi briyani dengan rendang ayam. Rasa rempah pada briyani memang cukup. Cuma sama seperti ayam penulis. Tekstur daging ayam pada rendang ayam juga agak kering. Walaupun ianya disaluti rendang. Tapi rasa rendang tak betul-betul meresap pada daging.

nm3

Mungkin daging ayam dimasak secara berasingan dan dicampurkan dengan hidangan sedia ada apabila mendapat pesanan. Kebanyakan restoran mengamalkan teknik ini bagi menjimatkan kos atau bagi mengelakkan makanan cepat rosak.

Dari segi rasa, penulis tiada komen. Cuma mungkin pihak restoran boleh memberi lebih perhatian kepada tekstur protin yang digunakan.

Apa yang penulis suka tentang restoran ini adalah mereka menyediakan air bancuh. Air bancuh amat jarang dapat dijumpai di restoran-restoran negara Eropah. Penulis tidak melepaskan peluang memesan air limau ais. Suami penulis pula memesan teh o ais limau.

nm1

Jika anda melawat Paris, jangan lupa singgah ke restoran Nur Malaysia. Info tentang restoran ini ada disediakan dibawah.

Nur Malaysia

Address: 145-147 Rue Ordener, 75018 Paris, France
Opening Hours: 12.00 PM – 10.30 PM
Phone: +33 9 72 82 76 80
Facebook page: https://www.facebook.com/nurmalaysiaparis/

Penulis juga ada melawat Catacomb sewaktu di Paris. Kalau anda mahu baca pengalaman penulis, boleh click di sini

Pengalaman Melawat Catacombs (part 2).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s