Telur dadar isi ketam.

Nama Resepi : Telur Dadar Isi Ketam
Masa penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak: 30 Minit.

Tentang telur dadar isi ketam :

Telur dadar isi ketam amat popular di Thailand. Telur ayam digoreng dalam minyak yang banyak dengan isi ketam diletak di bahagian tengah. Telur akan dimasak hingga kuning keemasan. Telur dadar isi ketam versi penulis ini dimasak dengan kurang minyak dan juga diletak banyak sayur-sayuran.

co2

 

Bahan-bahan 

  • 200g isi ketam
  • 4 biji telur
  • 1/4 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 2 biji cendawan (hiris)
  • Sedikit lada benggala merah (hiris)
  • 2 batang daun kucai (hiris)
  • 1/4 sudu kecil serbuk keju parmesan
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam

co3

Cara membuat :

  1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali dan karamelkan bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan lada benggala dan cendawan.
  3. Goreng hingga layu.
  4. Satukan isi ketam, serbuk keju parmesan, daun kucai dan mayonis.
  5. Masukkan ke dalam kuali dan kacau semuanya hingga sebati.
  6. Pecahkan telur.
  7. Masukkan garam dan lada hitam.
  8. Pukul telur hingga agak kembang.
  9. Tuang telur ke dalam kuali.
  10. Tolak-tolak telur dan isi ketam ke bahagian tengah kuali.
  11. Bentukkan telur menjadi segi empat tempat.
  12. Balik-balikkan telur sehingga kelihatan garing.
  13. Telur sedia dihidang.

Tip: Kena berlemah lembut sewaktu membalik-balikkan telur. supaya telur tak pecah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s