Snek Bavaria di Rothmeyer’s Zur Einkehr, Putzbrunn.

Pada cuti tahun baru lepas, penulis dan suami berjalan-jalan di kawasan hutan yang terletak berdekatan dengan rumah yang kami diami. Setelah penat, kami mengambil keputusan untuk singgah di restoran yang bernama Rothmeyer’s Zur Einkehr.

ro 7

Oleh kerana waktu kami sampai di restoran tersebut dalam pukul 3 petang. Ianya masih terlalu awal untuk makan malam dan kami berdua masih tidak terlalu lapar. Jadi kami memutuskan untuk memesan beberapa snek yang merupakan delikasi tempatan di negeri Bavaria ini. Snek yang kami pesan terdiri daripada Flammkuchen (pizza versi Jerman), salzig Breze (pretzel) dan Pommes (ketang goreng).

Kami memesan dua jenis flammkuchen iaitu flammkuchen scampi dan flammkuchen drei käse. Tekstur doh flammkuchen adalah nipis dan agak rapuh. Tidak seperti doh pizza yang lebih tebal dan kenyal. Walaubagaimanapun ianya tidak berminyak. Base yang digunakan diatas doh terdiri daripada krim masam.

Penulis memang sukakan rasa flammkuchen ini. Bukan sahaja tekstur dohnya rapuh, Flammkuchen juga menggunakan banyak jenis sayur-sayuran sebagai topping. Gabungan sayur-sayuran dan krim masam membuatkan penulis rasa tidak bersalah memakannya seperti mana jika penulis memakan pizza. Flammkuchen ini boleh dikatakan pilihan snek yang lebih sihat. Sayur-sayuran yang digunakan juga adalah sayuran segar.

ro 3
flammkuchen Scampi

Bagi Flammkuchen scampi. Selain udang, terdapat juga sayur-sayuran seperti lobak merah, bawang merah, zuccini dan brokoli. Rasa manis dari udang dan sayur-sayuran seimbang dengan rasa masin garam dan lada hitam.

ro 6
flammkuchen drei käse

Bagi flammkuchen drei käse pula, keju yang digunakan terdiri daripada gorgonzola, mozzarella dan feta. Sayur-sayuran pula terdiri daripada lobak merah, bawang merah, zuccini. lada benggala dan buah zaitun. Rasanya sedikit masin. Rasa keju sendiri adalah masin, ditambah pula dengan buah zaitun yang juga agak masin. Jadi dengan adanya sayur-sayuran seperti lobak merah dan zuccini dapat menyeimbangkan rasa masin.

ro 4.jpeg
Pretzel

Snek yang berikutnya adalah pretzel. Kristal yang terhasil daripada garam dapat dilihat menyaluti pretzel tersebut. Ianya juga dibakar menggunakan ketuhar dapur kayu. Penulis menyentuhnya sewaktu ia masih panas. Jadi penulis menunggu lebih kurang lima minit sebelum menjamahnya.

Tektur pretzel ini memang lembut walapun ianya telah sejuk. Dan penulis kagum juga, walaupun kristal garam jelas kelihatan di permukaan pretzel. Tetapi rasanya tidak terlalu masin. Sesuai dinikmati bersama kopi.

ro
Pommes

Snek yang terakhir ini memang biasa ditemui di mana-mana. Siapa yang tidak tahu tentang kentang goreng. Tapi sebenarnya, kentang ini dibakar di dalam ketuhar dan bukan digoreng. Ianya dibakar dengan baik, tekstur kentangnya lembut dan diperasakan dengan baik.

Restoran Rothmeyer’s Zur Einkehr ini memang sesuai untuk pelanggan yang datang bersama kanak-kanak. Mujur penulis datang sewaktu musim sejuk, jadi taman permainan yang ada di restoran ini agak lengang. Tetapi terdapat ramai kanak-kanak di dalam restoran.

Jika anda berminat untuk singgah makan di restoran ini. Maklumat restoran ada disediakan di bawah.

Rothmeyer’s Zur Einkehr

Address: Keferloher-Markt-Straße 30, 85640 Putzbrunn
Opening Hours
Monday – Tuesday : closed
Weekend & Public holiday: 10.00 AM – 12.00 PM
Phone number: 089 32708450
Website: http://www.zur-einkehr-solalinden.de/

Putzbrunn terletak di pinggir bandar Munich. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak restoran menarik di sekitar Munich, penulis ada sediakan pautan ulasan penulis terhadap restoran sekitar Munich di bawah untuk dijadikan panduan.

Makanan India di Guru, Haar.

Makanan Thai di Krua Thai, Munich.

Makanan Afghanistan di Kabul Restaurant, Munich.

Makanan Syria di Crispy & More, Munich.

2 thoughts on “Snek Bavaria di Rothmeyer’s Zur Einkehr, Putzbrunn.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s