Roti Pizza

Nama Resepi : Roti Pizza
Masa penyediaan: 15 Minit
Masa Memasak: 15 Minit.

Tentang roti pizza :

Roti Pizza ini sama seperti pizza biasa cuma dohnya digantikan dengan roti putih. Hidangan ini biasanya penulis buat bila penulis agak sibuk kerana resepinya sangat senang.

IMG_20200112_104346.jpg

 

Bahan-bahan 

  • 6 keping roti putih
  • 1/4 tin tomato puri
  • 5 biji cendawan (potong dadu)
  • 1/2 biji tomato (potong dadu)
  • 200g parutan keju mozzarela
  • 200g parutan keju cheddar
  • 200g parutan keju parmesan
  • Beberapa keping salami/peperoni
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit herba campuran

Cara membuat :

  1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180  masak darjah Celsius.
  2. Susunkan roti di atas tray.
  3. Sapukan tomato puri di atas roti.
  4. Taburkan 2/3 parutan keju ke atas roti. (Simpan 1/3 untuk taburan terakhir.
  5. Taburkan tomato dan cendawan yang dipotong dadu.
  6. Letakkan salami/peperoni.
  7. Taburkan lebihan keju di atas salami/peperoni.
  8. Taburkan herba campuran dan lada hitam.
  9. Masukkan roti ke dalam ketuhar.
  10. Bakar kira-kira 15 minit.
  11. Roti pizza sedia dihidang.

Tip: Jangan bakar terlalu lama, takut roti jadi keras macam biskut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s