Makanan Thai di Krua Thai, Munich

Ini bukan pertama kali penulis menikmati masakan Thai di Munich. Tetapi dalam banyak-banyak restoran masakan Thai yang penulis pernah kunjungi sepanjang berada di negara Jerman ini. Masakan Krua Thai ini memang paling hampir menyamai masakan Thai sebenar. Penulis dan suami betul-betul gembira kerana menjumpai restoran ini.

Restoran ini agak kecil, pengunjungnya kebanyakan terdiri daripada orang Thai yang menginap di Munich juga. Kelihatan seperti tempat untuk mereka berkumpul. Restoran ini agak sesak terutamanya pada hujung minggu. Jadi bersedia untuk beratur lama di luar. Ada juga meja diletakkan di bahagian luar. Tetapi pada waktu musim sejuk, memang sejuklah semua makan jika makan di luar.

Di Krua Thai, penulis memesan hidangan Tom Yam  dan popia goreng sebagai pembuka selera. Tom Yamnya memang cukup rasa masam dan pedas. Ada rasa lemak kerana ianya dimasak dengan santan kelapa. Ini kali pertama suami penulis menikmati tom yam yang dimasak dengan santan kelapa. Penulis sendiri pernah merasa masakan tom yam versi Thai sewaktu bercuti di Bangkok dulu. Jadi bila penulis menghirup tom yam tersebut. Terus teringat kenangan bersama ibu penulis makan di restoran di Bangkok. Memang sama. Walaupun boleh tahan pedasnya.

krua

Popia yang kami pesan agak enak, tetapi tiada rasa unik. Sama seperti popia yang dijual di kedai-kedai masakan Thai yang lain. Persoalan penulis terjawab apabila suami penulis ternampak tuan restoran mengeluarkan paket popia dari peti ais sewaktu membuat bayaran. Popia itu merupakan popia sejuk beku yang boleh dibeli di kedai Asia sekitar Munich.

IMG_20200106_171613

Untuk masakan utama pula, penulis memesan tom yam makanan laut, itik goreng dengan sos manis dan sotong masak sos tiram. Makanan-makan ini dimakan bersama nasi putih.

Rasa tom yam makanan laut yang dipesan agak berbeza dengan tom yam yang penulis nikmati tadi. Ini kerana tom yam ini tidak dimasak bersama dengan santan kelapa. Mungkin kerana pihak restoran jus yang dihasilkan dari makanan laut sudah cukup memberi rasa kepada kuah tomyam tersebut. Rasa tom yam juga kurang pedas dan lebih kepada masam. Tapi tetap tak kurang sedapnya. Jus dari makanan laut sedikit sebanyak membantu menyedapkan lagi rasa tom yam tersebut. Dalam tom yam makanan laut ini ada terdapat sotong, kepah dan udang.

IMG_20200112_160918

Seterusnya, itik goreng yang penulis nikmati digoreng dengan sangat baik. Ianya sangat rangup dan tiada rasa hamis. Sos manis menambahkan lagi keenakan rasa itik goreng tersebut. Suami penulis sebenarnya tersalah memesan masakan tersebut. Beliau mahukan masakan yang lain tetapi beliau terkeliru semasa memesan. Namun begitu, tidak salah mencuba. Dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

IMG_20200106_165219

Masakan berikutnya adalah sotong dengan sos tiram. Seperti biasa, penulis memang peminat sotong. Terutamanya sotong putih. Jadi memang penulis sudah berniat untuk mencuba salah satu masakan berasaskan sotong yang mereka ada. Ianya tidak mengecewakan. Memang sedap. Sotong dimasak dengan sos tiram dan sejenis sayuran hijau, penulis tidak tahu apa nama sayuran tersebut. Tetapi kombinasi ketiga-tiga elemen ini bagi penulis memang sangat menyerupai masakan Thai. Rasa masinnya cukup. Tekstur sotong agak lembut, walaupun penulis tahu ianya sotong beku. Sudah tentu rasanya tidak semanis sotong segar. Tetapi apabila digandingkan dengan rasa manis bawang, sayuran segar dan dimasak dengan sos tiram. Ianya tidak mengecewakan.

IMG_20200106_165406

Lagi satu hidangan adalah daging goreng. Masakan ringkas ini kami pilih sebab teringat pada daging goreng yang menjadi hidangan sampingan nasi kerabu. Terbanyak rasa manis lemak daging dan kelembutan daging yang dicicah dengan sos manis. Tapi malangnya masakan daging yang kami pesan ini agak mengecewakan. Ianya dipotong terlalu kecil dan digoreng terlalu lama. Ianya menyebab daging menjadi kering dan mengecut. Perapan yang diguna juga hanya sekadar sos soya yang masin. Sos yang diberikan juga tidak manis. Penulis agak kecewa sedikit.

IMG_20200112_161805

Walaubagaimanapun, pengalaman keseluruhan penulis menikmati makanan di sini adalah baik. Ada makanan yang memang dipesan sekali lagi jika datang di sini dan ada juga makanan yang perlu dielakkan. Yang penting, rasa masakan di sini memang rasa original masakan yang terdapat di Thailand.

Pelanggang yang datang di sini pasti dapat merasai suasana meriah. Dengan televisyen yang memainkan lagu-lagu dari negara Thai, dengan sekumpulan orang-orang Thai yang sibuk bersembah. Buat anda terlupa seketika yang anda berada di negara Jerman. Oh, sebelum terlupa, mereka juga ada menggunakan belacan. Jadi perlu beritahu awal-awal jika tidak boleh makan belacan.

Jika anda datang ke Munich dan mahu menikmati masakan Thai di Krua Thai. Maklumat restoran ada disediakan di bawah.

Krua Thai Imbiss

Address: Dachauer Str. 20, 80335 München
Opening Hours:
Monday – Friday: 11.00 AM – 10.00 PM
Weekend: 2.00 PM – 10.00 PM
Phone: 089 55079764

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s