Shakshuka.

Masa penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak: 30 Minit.

Tentang shakshuka :

Shakshuka merupakan makanan yang berasal dari timur tengah. Ianya merupakan hidangan sarapan pagi yang berasaskan telur dan tomato puree. Shakshuka sesuai dimakan dengan roti. Ianya amat mudah dibuat dan rasanya amat enak.

61552976_10157143707117591_393100047157297152_o

Bahan-bahan 

  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 biji bawang putih (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 biji cili api (hiris)
  • 2 inci keju mozarela (hiris)
  • 150g puri tomato
  • 3 biji telur
  • Sedikit garam, serbuk lada hitam , serbuk cumin, oregano dan serbuk paprika

61509840_10157143707042591_725792560412360704_o

61654658_10157143707067591_7087225075291652096_o

Cara membuat :

    1.  Panaskan minyak masak di dalam kuali.
    2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau.
    3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
    4. Masak hingga tomato menjadi lembut.
    5. Masukkan puri tomato.
    6. Taburkan garam, lada hitam, cumin dan serbuk paprika.
    7. Gaul hingga sebati.
    8. Pecahkan 3 biji telur di atasnya.
    9. Biarkan hingga telur masak.
    10. Taburkan keju mozarella dan serbuk oregano.
    11. Shakshuka sedia untuk dimakan bersama roti.

Tip: Anda boleh sesuaikan sendiri masa memasak telur. Jika mahukan telur kuning yang cair, kurangkan masa. Jika mahukan telur kuning yang betul-betul, lebihkan sedikit masa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s