Berkunjung ke Granada, tanah Andalusia.

Granada merupakan salah satu kota yang terdapat di tanah Andalusia. Ianya terletak di bahagian selatan negara Sepanyol. Penulis berpeluang melawat Granada pada musim panas yang lepas. Penulis dengan berani mengatakan yang Granada adalah kota tercantik yang pernah penulis lawati.

Segalanya tentang kota ini memang menakjubkan. Sepanjang perjalanan penulis, penulis dapat melihat deretan pokok oren yang rendang dan penuh dengan buah. Granada juga sangat bersih. Kota ini pada pendapat penulis memang amat unik dan eksotik.

Granada juga mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah untuk dilawati. Yang paling popular sekali adalah Al-Hambra. Penulis cuma ada 3 hari 2 malam untuk melawat tempat-tempat di Granada. Walaupun sekejap masa yang ada, penulis gunakan masa tersebut dengan sebaik-baiknya.

Al-Hambra

granada

Al-Hambra ataupun Istana Nasrid ini merupakan sebuah istana yang dibina sewaktu kerajaan Islam memerintah di Andalusia.

Ada yang mengatakan empayar Islam yang dibina waktu itu setanding dengan Empayar Uthmaniyyah dari segi pengetahuan dan seni binanya. Andalusia atau lebih dikenali sebagai Caliphate of Cordoba dibina oleh Empayar Umaiyah selepas mereka digulingkan oleh Abbasiyah ketika Abbasiyah menakluki Damsyik.

Al-Hambra telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1984.

1000px-Califato_de_Córdoba_-_1000.svg
Caliphate of Córdoba pada awal abad ke-10 
Image source: Wikipedia

Adalah amat  menyedihkan apabila kerajaan ini jatuh disebabkan serangan dari conquistador Sepanyol. Sekiranya kita membaca sejarah, selepas empayar Islam digulingkan, buku-buku yang penuh dengan ilmu pengetahuan dibakar dan abunya dicampak ke dalam sungai hingga air sungai menjadi keruh dan hitam.

Bukan itu sahaja, banyak artifak, peninggalan, ciptaan dan teknologi empayar ini telah dicuri hingga tiada apa yang tersisa melainkan bangunan-bangunan megah seperti Al-hambra.

Inilah buktinya yang umat islam tidak mundur atau bodoh. Setiap sudut Al-Hambra, malahan setiap sudut kota Gradana terdapat seni bina yang indah dan menakjubkan sebagai bukti betapa hebatnya empayar islam satu masa dulu. Kita akan faham bahawa orang Islam di zaman ini amat bijak.

37847612_10156406824432591_1999926662111690752_n
Peta Al-Hambra

Berbalik kepada Al-Hambra. Jika Al-Hambra merupakan istana, Al-Qazaba pula merupakan kubu pertahanan yang merupakan struktur tertua di Al-Hambra. Generalife pula merupakan taman istana.

Penulis sendiri sebenarnya amat sedih kerana tidak dapat memasuki Al-Hambra, Al-Cazaba dan Generalife. Kami sangka kami boleh membeli tiket masuk di kaunter masuk. Malangnya semua tiket telah habis dijual hingga dua bulan berikutnya. Jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekeliling kawasan kubu Al-Hambra.

Jika anda tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti penulis. Sebelum anda melawat Granada, adalah lebih baik anda membeli tiket secara atas talian dua bulan lebih awal dari tarikh lawatan. Di sini penulis ada kongsikan pautan untuk anda membeli tiket masuk ke Al-Hambra dan Generalife.

Katedral Granada

Untuk mengubat hati yang agak kecewa. Penulis kemudiannya melawat Katedral Granada. Katedral ini dikatakan antara yang tercantik di negara Sepanyol. Ianya juga merupakan gereja kedua terbesar di Sepanyol. Tanah di mana katedral ini dibina asalnya merupakan sebuah masjid besar Granada yang diruntuhkan pada abad ke-16.

Menurut apa yang penulis dapat dari panduan audio, katedral ini dibina oleh Raja Sepanyol waktu itu untuk menyaingi keindahan Al-Hambra. Asas katedral ini berasaskan seni bina Gothic. Namun perhiasan kebanyakan diperbuat daripada logam yang lebih intim kepada unsur renaissance.

Pada asalnya ianya dibina untuk dijadikan makam kepada raja Sepanyol iaitu Charles 1. Namun ianya diubah fungsi menjadi tempat ibadah.

Tiket masuk ke katedral ini dalam 5 Euro untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Penulis tidak pasti jika anda boleh membeli tiket secara atas talian. Namun jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Penulis ada sediakan pautan ke laman web rasmi Katedral Granada.

Mirador St Nicholas

Mirador St Nicholas ini adalah tempat wajib pergi untuk para pelancong yang mahu menikmati pemandangan indah Al-Hambra, suasananya meriah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Penulis sempat merakamkan beberapa keping gambar di sini.

Bersebelahan Mirador St Nicholas ini terdapat sebuah masjid bernama Masjid Granada. Ianya dibuka pada tahun 2003. Penulis sempat melawat masjid berkenaan. Malahan beberapa gambar berlatar belakangkan Al-Hambra adalah diambil dari kawasan masjid berkenaan.

Penulis juga ada merakamkan video pemuzik jalanan yang menghiburkan pelancong di  Mirador St Nicholas.

Albayzin

Mirador St Nicholas ini terletak di perkampungan atas bukit bernama Albayzin. Albayzin ini telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Islam. Struktur dan rekabentuk bangunan-bangunan yang terdapat di sini masih kekal dan utuh hingga sekarang. Bangunan-bangunan di sini mempunyai seni bina Moorish zaman pertengahan.
Penulis singgah makan di sebuah restoran yang terdapat di sini. Tuan punya restoran ini sempat berbual dengan kami. Najib namanya. Sambil menikmati hidangan tajinnya yang enak, penulis mendengar ceritanya tentang bangunan restorannya ini adalah merupakan bangunan asal yang tidak pernah diubahsuai sejak ianya mula-mula dibina.
Perkampungan ini juga telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1984 bersama-sama dengan Al-Hambra.

Royal Chapel of Granada

Royal Chapel of Granada terletak bersebelahan dengan Kathedral Granada. Ianya merupakan tempat persemadian dua pemimpin kerajaan Sepanyol yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam di Andalusia iaitu Ratu Islabella I and Raja Ferdinand II.

Corral Del Carbon

Corral Del Carbon adalah merupakan monumen tertua yang dibina semasa empayar Islam Moor, ia pada asalnya merupakan sebuah gudang yang juga menjadi tempat singgah para pedagang yang berdagang di sini. Ianya dikatakan dibina pada abad ke-12.Pedagang yang berdagang di Bazar yang bernama Alcaiceria, akan berehat dan melepaskan lelah di sini pada malam hari.

Sewaktu penulis melawat tempat ini, penulis melangkah masuk melalui sebuah pintu gerbang. Terdapat sebuah kolam berada di halaman bahagian tengahnya. Bangunannya mempunyai dua aras. Khabarnya, pada masa kini, bangunan ini dijadikan arena untuk konsert orkestra.

Alcaiceria

Pada zaman kegemilang empayar Islam di Andalusia, Al-Caiceria merupakan sebuah bazar utama di Granada. Para pedagang dari Timur dan Barat datang ke sini untuk menjual barang dagangan seperti sutera dan rempah-ratus.

Walaupun sudah tidak segemilang dahulu. Bazar ini masih menarik perhatian dengan barang-barang jualan yang menarik. Dari senjata, rempah-ratus, tekstil, perabot kayu, seramik dan tembikar dengan motif moor dan juga cenderamata. Rambang mata penulis dibuatnya.

Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di Granada ini. Tapi penulis tidak punya banyak masa untuk melawat kesemuanya. Penulis anggarkan untuk melawat semua tempat menarik di sini memerlukan sekurang-kurangnya minimum 4 hari.

Granada ini merupakan kota yang berbukit. Jika anda datang pada waktu musim panas. Pastikan anda minum air dengan banyak. Jangan risau, kerana di sini banyak terdapat sumber air percuma dari paip-paip yang diwakafkan oleh orang awam.

Apa yang menyelamatkan penulis dari perlu mendaki bukit adalah perkhidmatan Granada City Tour Tram. Tram ini berhenti di semua lokasi tumpuan pelancong. Bukan itu sahaja, kebetulan salah satu perhentian tram ini betul-betul bersebelahan hotel tempat penulis menginap.

Penulis membeli tiket berharga 12 Euro untuk 2 hari. Memang betul-betul berbaloi. Penulis pusing satu Granada sampaikan pemandu tram sudah cam rupa penulis. Kanak-kanak berumur 8 tahun kebawah tidak dikenakan bayaran. Yang paling seronok adalah penulis dapat phone telinga percuma yang membolehkan penulis mendengar panduan audio yang disediakan. Sampai sekarang penulis masih simpan fon telinga tersebut.

Ini antara video yang sempat penulis rakamkan sewaktu menaiki tram.

Jika anda bercadang ke Granada mahu menggunakan khidmat tram ini, penulis ada sediakan pautan ke laman web rasmi  Granada City Tour Tram untuk anda jadikan rujukan.
Tren turístico 1 día-min
Granada City Tour Tram
Image source: Granada City Tour Tram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s