Makanan Syria di Crispy & More, Munich.

Dah lama penulis tak buat post baru. Penulis sedang berehat seketika kerana baru sahaja menjalani pembedahan pada 3 minggu lepas. Hari ini baru ada kekuatan sedikit untuk membuat post terbaru. Doakan penulis sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Suami penulis sentiasa berkata yang dia rindu makan shawarma. Katanya, rasa doner dan shawarma tidak sama. Jadi kami mencari di atas talian jika terdapat restoran yang menjual shawarma di sekitar Munich. Hasilnya, kami terjumpa restoran bernama Crispy & More.

Apabila sampai di hadapan restoran, penulis merasa agak skeptikal. Sebab restorannya kelihatan tidak ubah seperti restoran Doner yang lain. Namun, alang-alang dah sampai pun ke tempat yang ditujui. Kami cuba berfikir positif dan melangkah masuk.

crispy
Source: Crispy & More

Restorannya agak kecil dan tempat duduknya juga terhad. Sewaktu kami datang, restoran itu memang penuh. Kami perlu menunggu kira-kira setengah jam untuk mendapatkan tempat duduk. Konsep pesanannya, sama seperti restoran doner yang lain, di mana anda perlu memesan makanan di kaunter.

menü 2
Source: Crispy & More

Menu di atas adalah antara hidangan yang terdapat di sini. Penulis memang sangat rindu nak makan nasi Mandy, jadi penulis memesan satu set nasi mandy. Hidangan lain yang penulis pesan adalah Sharwarma, ayam goreng Crispy dan burger ayam.

krispy1
Nasi Mandy dengan  shawarma.

Nasi Mandy yang penulis pesan memang tak mengecewakan. Ini pertama kali penulis makan nasi Mandy dengan daging shawarma. Restoran ini cuma menjual daging ayam untuk shawarma. Dada ayam diletakkan berlapis-lapis dan dipanggang. Daging ayam tersebut juga sangat lembut dan diperasa dengan baik. Penulis memang puji yang satu ni sebab memang jarang sangat nak jumpa di German, restoran yang tidak menggunakan daging yang telah diproses.

Rasa nasi memang rasa nasi Mandy. Cukup rasa lemak dan rempahnya. Beza restoran ini dengan restauran doner adalah beras yang digunakan. Kebanyakan restoran doner di sini menggunakan beras baldo atau beras bomba. Teksturnya agak berbeza dengan basmati. Butir berasnya agak besar, tekstur agak padat bila digigit dan sedikit melekit. Di restoran ini, oleh kerana ianya menyediakan masakan dari Syria. Mereka menggunakan beras Basmati.

Pada penulis, nasi Mandy yang dihidangkan memang sesuai untuk selera orang Malaysia. Tak hambar dan ada rasa.

krispy2
Shawarma Arab

Suami penulis pula memesan Shawarma Arab. Katanya, memang rasa shawarma tersebut sama seperti yang beliau makan di Syria. Suami penulis pernah menetap di sana semasa kecil, sewaktu ibubapa beliau menyambung pengajian mereka di sana.

Pada penulis, shawarma tersebut agak pedas. Tapi penulis dapat rasakan perbezaan yang suami penulis cuba sampaikan. Sos shawarma mempunyai lebih rasa rempah, sos bawang putihnya juga memang terasa, selain sayur-sayuran seperti daun salad, tomato dan kobis, terdapat juga beberapa jenis jeruk sayuran. Bukan selera penulis, tetapi pada yang suka kombinasi tersebut. mesti akan berasa teruja.

Hidangan lain yang kami pesan untuk dikongsi adalah ayam goreng crispy dan burger ayam. Menurut restoran, salutan ayam goreng di restoran ini adalah menggunakan salutan istimewa. Ala-ala rahsia perdagangan gitu. Jadi kami tertarik untuk mencuba.

Jujur penulis katakan, ayam goreng crispy memang sedap. Restoran menggoreng filet ayam dengan salutan rahsia yang seimbang rasa masin dan pedas. Penulis tidak berapa gemar memakan isi ayam. Tapi ayam goreng di restoran ini memang digoreng dengan baik. Isinya lembut dan tidak muak dimakan.

Burger ayam pula menggunakan 2 keping filet ayam goreng yang sama sebagai patty. Bagi penulis, porsinya amat besar dan mengenyangkan.Tapi entah kenapa, rasa salutan pada patty agak tawar. Tidak sesedap ayam goreng krispy. Mungkin kerana salutan dibancuh oleh manusia dan bukan mesin. Jadi terdapat ketidakkonsistenan pada proses memperasakan salutan.

Jika anda melawat Munich, dan tercari-cari restoran halal yang murah dan sedap untuk di cuba. Penulis memang tak teragak-agak mencadangkan restoran ini. Cumanya, restoran ini bersaiz kecil dan terletak dekat dengan universiti. Jadi kena bersabar jika perlu menunggu lama. Maklumat restoran ada di sediakan di bawah.

Crispy & More

Address: Herzog-Heinrich-Straße 38, 80336 München
Opening Hours: Isnin- Khamis & Sabtu: 11.00 A.M. – 10.00 P.M
Jumaat & Ahad: 2.00 P.M – 10.00 P.M
Phone: 089 54403014
Website: https://crispy-more.business.site/

 

3 thoughts on “Makanan Syria di Crispy & More, Munich.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s