Pasta tortellini dengan sos cendawan.

Masa penyediaan: 30 Minit
Masa Memasak: 30 Minit.

Tentang Tortellini :

Tortellini adalah pasta berbentuk cincin yang berasal dari Itali. terdapat juga tortellini yang berbentuk seperti pusat manusia. Ianya mempunyai persamaan dengan wantan. Tortellini decara tradisinya mempunyai inti. Antara contoh inti adalah seperti campuran daging, keju, telur atau bayam. Pasta tortellini boleh dijumpai dengan mudah di mana-mana supermarket.

 

Bahan-bahanĀ 

  • 2 sudu besar mentega
  • Separuh gelas susu segar
  • 4 biji bawang putih (boleh juga guna serbuk bawang putih dalam 1 sudu besar)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 bahagian dada ayam
  • 3 cendawan butang
  • 50g keju truffel (boleh juga guna keju apa pun)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit herba Itali
  • Garam untuk perasa
  • 1 paket pasta Tortellini
torto
Sumber: Aldi

Cara membuat :

    1. Rebus pasta tortiloni agak2 Al Dente.
    2. Grill dada ayam tu sekejap sampai nampak keperangan dan terbalikkan atas bawah hingga masak sekata.
    3. hiris ayam yang telah masak. Ketepikan.
    4. Masukkan mentega ke dalam kuali dan panaskan.
    5. Setelah cair, bolehlah tumis bawang putih sampai naik bau.
    6. Masukkan cendawan dan grillkan hingga layu.
    7. Masukkan keju trufel. (kalau tak letak pun tiada masalah).
    8. Masukkan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
    9. Masukkan susu, herba Itali dan lada hitam.
    10. Kacau sebati.
    11. Masukkan ayam yang digrill dan dihiris tadi.
    12. Masukkan Tortellini.
    13. Kacau sebati.
    14. Tutup api dan hidang.

Tip: Tortellini ini ada pelbagai inti. Jika anda beli yang berinti keju. Boleh kurangkan keju pada sos. Takut muak pula bila terlalu banyak keju.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s