Tiramisu tersedap di Two Sizes, Rom

Penulis pernah beritahu dulu yang penulis bukanlah peminat makanan manis. Jarang untuk penulis menjamah makanan pencuci mulut kecuali ais krim atau coklat. Tapi sewaktu penulis melawat kota Rom. Suami penulis memberitahu yang dia teringin sangat mencuba tiramisu pistachio dari kedai kecil bernama Two Sizes ini. Kedai kecil ini tidak teragak-agak menyatakan tiramisu mereka adalah yang tersedap di Rom.

two sizes
Sumber: Two Sizes FB

Penulis membaca banyak pujian yang diberikan kepada kedai ini berkaitan dengan tiramisu mereka. Penulis jadi teruja untuk mencuba juga. Apabila sampai di kota Rom, penulis pun tidak melepaskan peluang mencuba tiramisu mereka.

Sewaktu tiba di kedai kecil ini, penulis mulanya agak skeptical. Masakan kedai sekecil ini mempunyai Tiramisu tersedap di Rom. Suasana agak sibuk. Barisan pelanggan tak putus-putus. Terdapat dua pekerja di sini. Penulis sempat berbual dengan mereka. Kedua-duanya warga Filipina. Mereka bertanya jika penulis pun orang Bayan. Penulis beritahu yang penulis dari Malaysia. Pantas mereka berkata, Bayan juga tu. Masih ras yang sama.

Terdapat ruang kecil berbentuk bar untuk pelanggan yang mahu menikmati hidangan bersama kopi di kedai kecil tersebut. Pekerja kedai meminta kami tunggu sebentar jika mahu menikmati kopi di situ. Kerana terdapat banyak pelanggan yang perlu dilayan. Kami tidak mengejar masa. Jadi kami beritahu pada pekerja supaya dahulukan mereka yang membeli untuk di bawa pulang.

Jadi sementara menunggu pekerja membuat kopi, penulis sempat mengambil sekeping dua gambar di kedai tersebut. Mereka bukan sahaja menjual tiramisu, malah ada juga kanoli dan tat dijual. Kesemua manisan ini adalah 100% buatan sendiri. Dan jumlahnya juga terhad.

Penulis dan suami memilih satu tiramisu pistachio dan satu tiramisu biasa. Penulis juga memesan kopi espresso (1 shot). Penulis bimbang jika tiramisu itu terlalu manis. Espresso dapat mengurangkan kemanisan tiramisu itu nanti.

f10

Kebiasaannya, sewaktu memakan pemanis mulut. Penulis berhenti pada suduan pertama jika pemanis mulut itu terlalu manis. Dan suami penulislah yang menjadi mangsa terpaksa menghabiskan makanan tersebut.

Tetapi penulis akui, yang tiramisu pistachio mereka memang terbaik. Rasanya tidak terlalu manis tetapi penuh dengan rasa lemak kacang pistachio dan susu. Campuran serbuk kopi dan coklat pahit di atasnya, menyeimbangkan rasa tiramisu tersebut.

f11

Yang paling penulis puji, bila dipasangkan dengan kopi espresso. Rasa tiramisu ini menjadi lebih sedap. Umum tahu yang kopi espresso di Itali memang tiada tolok bandingnya. Penulis bukanlah peminum kopi tegar. Tetapi jika perlu meminum kopi. Penulis akan memilih espresso. Kombinasi kopi dan tiramisu betul-betul membuatkan mata penulis terbuntang dan memberikan rasa puas yang penulis tak dapat nak gambarkan.

Penulis singgah ke kedai ini sekali lagi pada keesokan harinya kerana mahu menikmati keenakan tiramisu di sini untuk kali ke dua. Pekerja kedai nampaknya masih lagi mengingati kami. Mereka sangat ramah berbual dengan kami.  Kali ini penulis memesan kopi cappuchino dan mencuba kanoli pistachio bagi menggantikan tiramisu biasa. Tiramisu Pistachio mesti wajib ada ya.

f23

Kanoli pistachio agak mengecewakan penulis. Rasanya sangat manis. Mungkin pada yang gemarkan manisan. Ini bukan masalah besar. Kopi capuchinno pula rasanya okay. Cuma gandingannya dengan tiramisu pistachio pada penulis tidak begitu menjadi kerana rasa krimer kopi itu agak manis. Jadi pada penulis pasangan kopi cappuchino dan tiramisu tidak memberi rasa seimbang seperti pasangan tiramisu dan espresso.

Tapi pada yang bukan peminat kopi. Tiramisu ini sendiri sudah sedap tanpa kopi. Jadi jangan risau. Anda mesti akan menyukainya. Terutama sekali tiramisu pistachio. Memang tak salah mereka membangga diri. Tiramisu mereka memang paling tersedap di kota Rom.

Kedai kecil ini berjaya membuktikan yang saiz merupakan perkara ke dua. Layanan yang baik dan rasa produk yang sedap sudah cukup untuk menjadi yang terbaik. Kalau anda ada rezeki untuk melawat kota Rom, penulis memang sangat-sangat mencadangkan anda datang ke sini. Lokasinya juga senang di cari. Maklumat kedai ada penulis sertakan di bawah.

Two Sizes

Address: Via del Governo Vecchio, 88, 00186 Roma RM, Italy
Opening Hours: Every day: 11.00 AM – 10.00 PM
Phone: +39 06 6476 1191
FB page: Two Sizes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s