Penulis berkesempatan melawat Antwerp pada musim panas tahun lepas. Penulis dan suami melawat Antwerp pada hujung minggu. Kami menghabiskan masa selama dua hari satu malam di sana. Agak malang sebab banyak tempat menarik ditutup untuk memberi laluan kepada proses renovasi. Tapi hati penulis terubat kerana penulis dapat menikmati makanan-makanan yang sedap.
Antara tempat-tempat yang penulis lawati adalah
- Antwerp Central Station
- Cathedral of Our Lady
- Het Steen
- town square
Penulis ada menikmati hidangan makanan laut yang sedap dan murah di Antwerp. Nama restoran makanan laut tersebut adalah Calamares. Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang Calamares, boleh klik pautan di bawah