Video lawatan ke Brussels

Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke Brussels pada musih sejuk. Kota yang mendapat Ibu Kota Kesatuan Eropah ini agak memberikan impak yang besar kepada persepsi penulis tentang kesatuan Eropah.

Sarjana penulis berkait rapat dengan kerjasama serantau. Kesatuan Eropah merupakan sebuah kerjasama serantau yang paling besar dan paling efisien di dunia jika dibandingkan dengan kerjasama serantau lain seperti ASEAN, BRICS, NAFTA dan banyak lagi. Jadi penulis amat teruja bila berpeluang ke sini.

Namun keterujaan penulis mengendur bila melihat dengan mata kepala sendiri tanah sang pemimpi ini. Hati penulis sayu melihat banyak pelarian yang tidur di tepi jalan dalam suasana yang sejuk hingga menggigit tulang. Penulis paling tak tahan melihat kanak-kanak kecil duduk berhimpit untuk menghangatkan badan.

Sewaktu penulis tiba di Brussels, terjadinya protes jaket kuning di Paris. Rupanya tarikh lawatan penulis bersamaan dengan tarikh protes serpihan jaket kuning berlangsung di Brussels. Brussels dan Paris sangat dekat. Rakyat Belgium juga kebanyakannya berbahasa Perancis. Sedikit sebanyak mereka berkongsi ideologi yang sama.

Jalan besar di hadapan hotel penulis terpaksa ditutup dengan kawat-kawat dawai. kerana ianya merupakan jalan menuju ke bangunan Parlimen Eropah. Para pemprotes akan berarak menggunakan jalan tersebut ke bangunan Parlimen. Polis telah bersiap siaga mengarahkan pelancong untuk melalui jalan lain ataupun tinggal di hotel sementara protes berjalan. Jadi sewaktu demonstrasi diadakan, penulis dan suami memutuskan untuk keluar jauh sedikit dari ibu kota untuk mengelakkan bertembung dengan peserta demonstrasi.

Tapi ada juga pengalaman manis di sini. Penulis menghabiskan masa selama tiga hari dua malam di Brussels. Antara tempat yang penulis lawati terdiri daripada

  • the Grand Place
  • Old England Building (Musical Instrument Museum)
  • Le Botanique
  • Manneken Pis
  • the Broodhuis
  • Christmas Market
  • Brussels Park
  • Coudenberg
  • Museum of the City of Brussels.

Written by ameliarodzman

I am quirky and annoying to the max. Full of flaws, full blast tactlessness, self appointed drama queen but some people still think I am fun to hang out with. On a personal level, I don't sugarcoat or mince my words. But I am a teacher professionally, hence my kids are the only group of people that I am sweet with.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: