Asparagus Hijau Panggang

Masa penyediaan: 15 Minit
Masa Memasak: 15 Minit.

Asparagus hijau :

Asparagus merupakan tumbuhan bermusim. Ia biasanya hanya ditanam dan dijumpai pada musim bunga. Rasa asparagus sangat berjus kerana ianya terdiri daripada 93% air.

Tekstur terbaik dan rasa asparagus yang paling enak dapat dinikmati semasa tumbuhan ini baru mengeluarkan pucuk. Setelah pucuk mula bercabang dan menjadi matang, ia menjadi terlalu pahit dan tidak lagi sesuai untuk dimakan.

 

Bahan-bahan 

  • 1 sudu besar mentega
  • 4 biji bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 cubit garam.
  • 1 hirisan lemon

Cara membuat :

    1. Lenturkan asparagus hijau dan cari bahagian yang keras dan tidak boleh dilentur, potong bahagian tersebut.
    2. Basuh asparagus hijau dengan bersih.
    3. Potong dadu bawang putih.
    4. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
    5. Masukkan bawang putih yang telah didadu. (Tak perlu tumis terlalu lama, bawang putih yang terlalu lama digoreng akan menjadi pahit.)
    6. Masukkan asparagus hijau yang telah siap dicuci.
    7. Gulkan mentega dengan asparagus hijau.
    8. Masukkan serbuk bawang putih, garam dan lada hitam.
    9. Gaul semua hingga sebati.
    10. Perahkan sedikit hirisan lemon.
    11. Setelah asparagus hijau sedikit lembut, bolehlah diangkat dan dihidang.

Tip: Asparagus hijau. amat senang dimasak. Tetapi jangan masak terlalu lama. Oleh kerana kandungannya 93% air, jika dimasak terlalu lama, teksturnya akan menjadi lembik dan tidak lagi sedap dimakan.

asp1

Written by ameliarodzman

I am quirky and annoying to the max. Full of flaws, full blast tactlessness, self appointed drama queen but some people still think I am fun to hang out with. On a personal level, I don't sugarcoat or mince my words. But I am a teacher professionally, hence my kids are the only group of people that I am sweet with.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: