Video Lawatan ke Porto.

Penulis berpeluang melawat Porto pada musim bunga tahun lepas. Memang seronok melawat Porto. Ramai yang tidak tahu, kota inilah yang memberi inspirasi kepada JK Rowling untuk menulis Harry Potter. Beliau menghabiskan banyak masa di Cafe bernama Majestic Cafe untuk menulis karya Harry Potter beliau. Terdapat juga kedai buku yang bernama Livraria Lello yang menjadi inspirasi kepada tangga bergerak yang terdapat di Hogwarts.

Kota Porto tidak terlalu sesak dengan manusia. Makanannya enak. Entah kenapa, penulis dapat melihat terdapat beberapa persamaan antara Portugal dan Melaka. Terutama sekali bila penulis menjejakkan kaki ke kampung Nelayan yang bernama Matosinho. Ianya memang pengalaman yang sangat menarik.

Tempat tinggal penulis pula terletak hampir dengan Casa da Musica dan dekat dengan keretapi bawah tanah. Memang mudah untuk bergerak ke mana-mana. Penulis juga ada membeli Andante Tour card selama 3 hari. Harganya cuma 15 Euro. Bagi penulis memang agak berbaloi memandangkan penulis boleh melawat kawasan sekitar yang agak jauh dari bandar tanpa perlu membeli tiket tambahan.

Antara tempat yang penulis sempat lawati sepanjang di Porto ialah:

  • Ribeira Square
  • Luís I Bridge
  • Church of São Francisco
  • Clérigos Church
  • Liberdade Square
  • Casa da Música
  • Foz do Douro / Felgueiras Lighthouse
  • Matosinhos Beach
  • Muralha Fernandina
  • Port Wine
  • Livraria Lello
  • Igreja do Carmo
  • Bolhão Market
  • Chapel Almas de Santa Catarina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s