Dah lama penulis menyimpan hasrat untuk ke Füssen. Tujuan penulis, sudah tentulah ingin melihat depan mata kepala sendiri istana indah yang menjadi inspirasi kepada cerita animasi Disney seperti “Snow White” dan “Beauty and The Beast” iaitu Istana Neuschwanstein. Berdasarkan bacaan penulis, istana megah ini merupakan istana ketiga paling banyak di kunjungi pengunjung dari seluruh dunia.
Tempat ini kebiasaannya amat sesak dengan pengunjung. Tapi oleh kerana kerajaan Jerman masih menutup sempadan kepada pengunjung dari luar EU, jadi suasana agak tenang dan tidak sesak. tapi jangan salah sangka, kawasan ini tetap sesak dengan pengunjung. Apatah lagi penulis melawat tempat ini pada musim panas. Jadi agak penuh dengan pengunjung tempatan dan pengunjung dari negara sempadan.
Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik yang ada di Füssen yang sempat penulis lawati sepanjang berada di sana.
- Neuschwanstein Castle
- Lechfall
- Hohenschwangau Castle
- Tegelbergbahn
- Altstadt
- German-Austria Treetop Walkway
- Mittersee & Obersee