5 Restoran Masakan Malaysia di negara Jerman.

Kalau anda berkunjung atau menetap di negara Jerman. Pastinya anda tercari-cari masakan Malaysia. Sehari dua, mungkin tekak kita masih boleh menerima masakan barat. Tapi lama kelamaan, rasa Malaysia juga yang dekat di hati.

Banyakkah restoran Malaysia yang ada di Jerman? Jumlah restoran yang menyajikan masakan Malaysia di Jerman tidak banyak berbanding restoran masakan negara jiran kita seperti masakan Thai, Vietnam dan juga Indonesia. Itu sebabnya, masakan Malaysia agak sukar dijumpai dan berstatus esklusif. Jadi, jangan fikir tentang harga kalau anda makan di restoran-restoran Malaysia. Pejam mata dan nikmatilah rasa unik masakan kita.

Jom kita lihat restoran-restoran Malaysia yang ada di Jerman.

1. Champor

Sumber: Champor

Restoran ini terletak di bandar Munich. Ianya menjadi destinasi tumpuan rakyat Malaysia yang berkunjung atau menetap di bandar Munich kerana merupakan satu-satunya restoran masakan Malaysia yang ada di sini. Penulis sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Tapi berdasarkan ulasan rakan-rakan penulis yang pernah berkunjung ke sini. Rasa makanannya boleh tahan. Layanan yang diberikan juga baik.

Pemilik restoran ini adalah seorang warga Malaysia bernama Kiren yang kini menetap di Munich. Antara menu yang terdapat di sini termasuk masakan sambal, kari, mihun goreng, mi goreng, murtabak, kerabu, roti canai dan banyak lagi.

Alamat: Warthestraße 5, 81927 Munich

Waktu operasi:

Tengah hari: Isnin – Jumaat: 11:30 a.m. – 2:30 p.m.
Petang: Isnin – Khamis: 6:00 p.m. – 10:30 p.m.
Jumaat – Sabtu: 6:00 p.m. – 11:00 p.m.
Tutup: Ahad

Nombor Telefon: +4989-99317764

Laman Web Rasmi

FB Rasmi

2. Restoran Selera Malaysia

Restoran ini terletak berdekatan dengan stesyen keretapi utama kota Frankfurt. Masakan Malaysia yang disajikan di sini tertumpu kepada masakan cina Malaysia. Jika anda ingin makan nasi ayam, ketam bercili, mi kari, kuey tiaw goreng atau laksa. Memang inilah tempatnya.

Penulis sendiri belum berkesempatan pergi walaupun pernah tinggal selama tiga bulan dan beberapa kali datang melawat Frankfurt. Tetapi ulasan yang diberikan pengunjung dari Malaysia kepada restoran ini agak baik.

Alamat: Münchener Str. 52, 60329 Frankfurt am Main

Waktu operasi: Isnin – Ahad: 11:30 a.m. – 11:30 p.m.

Nombor Telefon: +4969 24009601

Laman Web Rasmi

FB Rasmi

3. Restoran Nur Muhammad

Sumber: Nur Muhammad

Restoran ini rasanya baru lagi dibuka. Ianya diusahakan oleh perusahaan Global Ikhwan. Ianya terletak di Maintal yang bersempadan dengan Frankfurt Am Main. Penulis pernah berkunjung ke restoran lama mereka iaitu Nur Kuala Lumpur yang juga terletak di Frankfurt. Malangnya cawangan tersebut telah ditutup.

Menu yang ditawarkan agak sama seperti Nur Kuala Lumpur. Sudah tentu menu paling utama sekali adalah nasi lemak dan teh tiga lapis. Mereka juga ada menghidangkan nasi ayam, tom yam, asam pedas, rendang, masak kicap, sate dan juga karipap.

Alamat: Am Kreuzstein 79B, 63477 Maintal, Germany

Waktu operasi: 

Selasa – Khamis & Ahad: 12:00 a.m. – 3:00 p.m & 5:30 p.m. – 10:00 p.m
Jumaat: 2:30 p.m. – 10:00 p.m.
Isnin: Tutup

Nombor Telefon: +4961096959656 & +4915124646099

Laman Web Rasmi

FB Rasmi

4. Lorenz Kitchen

Restoran ini terletak di Osburg. Ketua tukang masak di restoran ini berasal dari Petaling Jaya. Namanya Monika. Restoran ini menawarkan masakan tradisi dan juga masakan fusion dari Malaysia.

Menu yang ditawarkan terdiri daripada kari ayam, kari udang, nasi goreng, mi goreng, karipap, sate dan banyak lagi. Ada juga masakan fusion seperti burger ala Ramli burger yang memang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Karipap inti rendang juga ada di sini.

Alamat: Gartenfeldstraße 8, 54317 Osburg

Waktu operasi:

Rabu – Jumaat: Tengah hari: 11:30 a.m. – 2:30 p.m.
Petang: 5:00 p.m. – 10:00 p.m.
Sabtu – Ahad: 11:30 a.m. – 10:00 p.m.
Isnin – Selasa: Tutup

Nombor Telefon: +496500 6329946

Laman Web Rasmi

FB Rasmi

5. Seri Melayu

Sumber: Seri Melayu

Jika anda mahu merasa masakan Melayu seperti yang dimakan di rumah sendiri. Anda pastikan untuk datang ke restoran ini yang terletak di bandar Berlin. Pengusaha restoran ini namanya kak Fatimah. Penulis belum berkesempatan singgah di sini. Tetapi suami penulis pernah makan di sini dan amat menggemari nasi kuning yang menjadi menu istimewa di sini.

Penulis pernah merasa masakan kak Fatimah kerana beliau ada menyediakan khidmat katering juga. Jadi sewaktu penulis bekerja di salah sebuah expo dagang di sini, penulis dapat merasa karipap dan mi goreng air tangan kak Fatimah. Memang sedap.

Jadi jika anda singgah ke Berlin. Jangan lupa datang makan di sini. Macam-macam makanan Melayu ada disediakan.

Alamat: Stuttgarter Pl. 6, 10627 Berlin

Waktu operasi:

Rabu – Isnin: 5:00 p.m. – 10:00 p.m.
Selasa: Tutup

Nombor Telefon: +4930 49985700

FB Rasmi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s