Kerabu Tuna

Masa penyediaan: 15 Minit

Ikan Tuna :

Ikan tuna kaya dengan protin. Ianya sesuai dijadikan snek jika anda ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet anda. Isi ikan tuna yang biasa digunakan adalah isi ikan tuna dalam tin yang biasanya telah dimasak terlebih dahulu dan ditinkan di dalam air atau minyak.

Bahan-bahan 

  • 1 tin isi ikan tuna
  • 1 biji tomato
  • 3 keping daun salad
  • setengah batang timun
  • 2 biji cili api
  • 1/4 biji lemon
  • 2 helai daun bawang
  • setengah batang lobak merah
  • secubit garam

Cara membuat :

  1. Potong dadu semua sayuran.
  2. Keringkan isi ikan dari air/minyak.
  3. Campurkan sayur dan isi ikan tuna.
  4. Taburkan garam dan perahkan jus lemon.
  5. Gaul semuanya sehingga sebati.

Tip: Kerabu tuna boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan inti di dalam sandwich.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s