Croissant Pistachio Yang Sedap Tak Terkata

Venice merupakan lokasi tumpuan penulis untuk berkunjung sejurus selepas negara Jerman membuka sempadannya. Berkunjung ke Venice Pasca Covid-19 merupakan pengalaman yang unik bagi penulis. Penulis menaiki keretapi untuk ke Venice. Untuk sampai ke destinasi mengambil masa selama enam jam. Jadi, selama enam jam jugalah penulis dan penumpang yang lain perlu memakai penutup muka.

Venice Pasca Covid-19 masih juga sesak dengan manusia. Tetapi masih ada ruang untuk bernafas. Cuaca ada kalanya cerah dan ada kalanya hujan. Siapa yang sukakan jambatan, bangunan lama dan terusan, pasti akan menyukai tempat ini.

Antara tujuan lawatan kali ini adalah untuk melawat ke pulau-pulau yang terdapat di sekitar Venice. Kami memulakan perjalanan seawal bas air mula beroperasi. Tapi sebelum itu, wajiblah untuk mengisi perut kami dengan sarapan pagi.

Penulis dan suami singgah di sebuah kedai pastri yang terletak berdekatan dengan stesen bas air. Ballarin namanya. Tempat ini agak penuh dengan orang tempatan yang mahu membeli pastri sebelum mereka ke tempat kerja.

Pasticceria Ballarin Otello & C. Snc

Apa yang menarik perhatian penulis adalah pelbagai variasi croissant yang terdapat di sini. Di Venice, ada banyak terdapat kedai pastri. Tapi kedai yang khusus menjual croissant berinti krim pistachio amat jarang dijumpai. Penulis juga tidak berapa gemarkan inti jem atau pun coklat. Jadi penulis amat teruja untuk mencuba croissant berinti krim pistachio. Selain itu, penulis juga mencuba tat keju bersalut pistachio. Suami penulis pula memilih croissant biasa dan croissant berinti jem nenas.

Croissants dan tat keju

Sebaik sahaja penulis memasukkan croissant ke dalam mulut penulis. Rasa lemak kacang pistachio mula membanjiri lidah penulis. Ianya tidak terlalu manis dan memang sedap. Ditambah pula dengan tekstur croissantnya yang rapuh dan lembut. Pada yang gemarkan pistachio. Pasti akan jatuh cinta.

Penulis juga ada mencuba tat keju bersalut pistachio. Ianya juga enak, teksturya seperti ais krim tetapi tidak sesejuk ais krim dan ianya lebih berlemak. Croissant biasa dan yang berinti jem nenas yang suami penulis pilih juga enak. Tapi hati penulis telah terpaut pada croissant pistachio kerana ianya agak jarang dijumpai.

Penulis juga turut memesan esspreso untuk dipasangkan dengan pastri bagi menyeimbangkan rasa manis pastri-pastri tersebut. Suami penulis pula memesan cappuchino. Kopi di Itali tak perlu diperkenalkan lagi. Umum tahu, apabila berkaitan kopi. Orang Itali merupakan artisan. Tidak lengkap rasanya memakan manisan di sini tanpa kopi.

Jika anda berkesempatan ke Venice dan juga penggemar pastri berinti pistachio. Jangan lupa datang ke sini. Memang berbaloi untuk anda cuba. Maklumat tentang kedai pastri ini ada disediakan di bawah.

Alamat: Calle Loredan, 5794, 30121 Venezia VE, Italy

Waktu operasi:

Isnin – Sabtu: 7:30 a.m. – 7:30 p.m.
Ahad: Tutup

Nombor Telefon: +39 041 528 5273

FB Rasmi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: