Makanan Afghanistan di Kabul Restaurant, Munich

Pertama kali penulis makan di sini adalah pada tahun 2013. Waktu itu penulis sedang menjalani latihan internship yang merupakan sebahagian daripada program Ijazah Sarjana penulis. Latihan internship penulis waktu itu adalah bersama Matrade Frankfurt. Jadi penulis berpeluang mengikut kakitangan Matrade Frankfurt menyertai pameran perdagangan Transport & Logistic yang di anjurkan di Munich. Selepas habis pameran, penulis di bawa ke restoran ini untuk makan malam. Memang … Continue reading Makanan Afghanistan di Kabul Restaurant, Munich

Resepi Shakshuka

Masa penyediaan: 30 Minit Masa Memasak: 30 Minit. Tentang shakshuka : Shakshuka merupakan makanan yang berasal dari timur tengah. Ianya merupakan hidangan sarapan pagi yang berasaskan telur dan tomato puree. Shakshuka sesuai dimakan dengan roti. Ianya amat mudah dibuat dan rasanya amat enak. Bahan-bahan  1 biji bawang besar (potong dadu) 3 biji bawang putih (potong dadu) 1 biji tomato (potong dadu) 2 biji cili api … Continue reading Resepi Shakshuka

Pengalaman Melawat Catacombs (part 2)

  Mula-mula sekali. Penulis amat bernasib baik dapat melawat Catacombs. Minggu di mana penulis melawat adalah minggu terakhir Catacombs dibuka sebelum ianya ditutup selama sebulan untuk tujuan pembaikpulihan. Dari luaran, Catacombs ini kelihatan biasa-biasa sahaja, tiada apa yang menyeramkan atau mengerikan. Penulis dan suami perlu beratur selama sejam untuk masuk ke dalam. Namun jika dibandingkan dengan tempat -tempat tumpuan pelancong yang lain di Paris, masa … Continue reading Pengalaman Melawat Catacombs (part 2)

Makanan Thai di Krua Thai, Munich

Ini bukan pertama kali penulis menikmati masakan Thai di Munich. Tetapi dalam banyak-banyak restoran masakan Thai yang penulis pernah kunjungi sepanjang berada di negara Jerman ini. Masakan Krua Thai ini memang paling hampir menyamai masakan Thai sebenar. Penulis dan suami betul-betul gembira kerana menjumpai restoran ini. Restoran ini agak kecil, pengunjungnya kebanyakan terdiri daripada orang Thai yang menginap di Munich juga. Kelihatan seperti tempat untuk … Continue reading Makanan Thai di Krua Thai, Munich

Roti Pizza

Nama Resepi : Roti Pizza Masa penyediaan: 15 Minit Masa Memasak: 15 Minit. Tentang roti pizza : Roti Pizza ini sama seperti pizza biasa cuma dohnya digantikan dengan roti putih. Hidangan ini biasanya penulis buat bila penulis agak sibuk kerana resepinya sangat senang.   Bahan-bahan  6 keping roti putih 1/4 tin tomato puri 5 biji cendawan (potong dadu) 1/2 biji tomato (potong dadu) 200g parutan … Continue reading Roti Pizza

Snek Bavaria di Rothmeyer’s Zur Einkehr, Putzbrunn

Pada cuti tahun baru lepas, penulis dan suami berjalan-jalan di kawasan hutan yang terletak berdekatan dengan rumah yang kami diami. Setelah penat, kami mengambil keputusan untuk singgah di restoran yang bernama Rothmeyer’s Zur Einkehr. Oleh kerana waktu kami sampai di restoran tersebut dalam pukul 3 petang. Ianya masih terlalu awal untuk makan malam dan kami berdua masih tidak terlalu lapar. Jadi kami memutuskan untuk memesan … Continue reading Snek Bavaria di Rothmeyer’s Zur Einkehr, Putzbrunn

9 perkara menarik tentang Paris Catacombs (Part 1)

Sewaktu suami penulis memberitahu yang beliau akan ke Paris atas urusan kerja. Penulis dengan pantas mengajak diri sendiri untuk pergi bersama beliau. Lawatan kerjanya tidak lama, cuma tiga hari dua malam. Jadi penulis terus menyatakan hasrat untuk melawat Catacombs. Suami penulis tidak pernah tahu tentang kewujudan Catacombs sebelum ini. Maklumlah, ianya bukan tempat mesti pergi di kalangan pelancong yang melawat kota yang diberikan jolokan kota … Continue reading 9 perkara menarik tentang Paris Catacombs (Part 1)