Warkah cinta dari Cordoba (Part 1).

Amboi clickbait penulis. Maaf ya semua. Tapi memang benar, Cordoba membuat penulis jatuh cinta. Jika Granada kota tercantik yang pernah penulis lawati, Cordoba pula membuatkan penulis rasa gembira dan teruja. Persekitaran di Cordoba banyak berbeza dari Granada. Kota ini menerima lebih ramai pengunjung berbanding kota-kota lain di tanah Andalusia ini. Yang paling seronok sebab harga kebanyakan barang-barang dan penempatan di sini amat murah berbanding kota-kota … Continue reading Warkah cinta dari Cordoba (Part 1).

Berkunjung ke Granada, tanah Andalusia.

Granada merupakan salah satu kota yang terdapat di tanah Andalusia. Ianya terletak di bahagian selatan negara Sepanyol. Penulis berpeluang melawat Granada pada musim panas yang lepas. Penulis dengan berani mengatakan yang Granada adalah kota tercantik yang pernah penulis lawati. Segalanya tentang kota ini memang menakjubkan. Sepanjang perjalanan penulis, penulis dapat melihat deretan pokok oren yang rendang dan penuh dengan buah. Granada juga sangat bersih. Kota … Continue reading Berkunjung ke Granada, tanah Andalusia.

Menikmati Tapas di Casa Lola, Malaga.

Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke Malaga pada tahun lepas. Malaga ini terletak di bahagian selatan negara Sepanyol. Ianya juga merupakan antara destinasi percutian yang popular di negara Eropah kerana kos tiket penerbangan ke bandar ini amat murah. Tarikan utama Malaga adalah pantainya. Setiap kali musim panas, ramai pengunjung terutamanya dari negara Eropah berpusu-pusu datang ke sini. Tapi penulis tidak berminat pada pantainya, penulis lebih berminat … Continue reading Menikmati Tapas di Casa Lola, Malaga.