Selamat Datang

Hi Semua. Terima kasih sebab menjenguk laman web ini. Melalui laman web ini, saya akan kongsikan pengalaman saya menjamah dan menikmati makanan menarik, unik dan eksotik sepanjang saya mengembara. Saya juga ada berkongsi resepi masakan sendiri dan juga pengalaman serta tip-tip sewaktu saya melawati tempat-tempat menarik.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi inspirasi untuk anda mencuba sendiri hidangan-hidangan tersebut bila ada rezeki dan kesempatan untuk melawat tempat-tempat berkenaan. 

Dunia ini penuh dengan makanan-makanan menarik, jadi tak salah untuk kita mencuba makanan yang baru.

Resepi yang saya kongsikan adalah resepi saya sendiri. Kebanyakan resepi saya adalah hidangan mudah yang diolah dari masakan Malaysia. Buat masa ini menetap di luar negara, jadi bahan-bahan yang biasa didapati di Malaysia agak terhad. Jadi mahu tidak mahu, saya perlu menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan makanan yang masih mirip rasa Malaysia. Silakan mencuba.