Makanan Syria di Crispy & More, Munich.

Dah lama penulis tak buat post baru. Penulis sedang berehat seketika kerana baru sahaja menjalani pembedahan pada 3 minggu lepas. Hari ini baru ada kekuatan sedikit untuk membuat post terbaru. Doakan penulis sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. Suami penulis sentiasa berkata yang dia rindu makan shawarma. Katanya, rasa doner dan shawarma tidak sama. Jadi kami mencari di atas talian jika terdapat restoran yang … Continue reading Makanan Syria di Crispy & More, Munich.

Warkah cinta dari Cordoba (Part 1).

Amboi clickbait penulis. Maaf ya semua. Tapi memang benar, Cordoba membuat penulis jatuh cinta. Jika Granada kota tercantik yang pernah penulis lawati, Cordoba pula membuatkan penulis rasa gembira dan teruja. Persekitaran di Cordoba banyak berbeza dari Granada. Kota ini menerima lebih ramai pengunjung berbanding kota-kota lain di tanah Andalusia ini. Yang paling seronok sebab harga kebanyakan barang-barang dan penempatan di sini amat murah berbanding kota-kota … Continue reading Warkah cinta dari Cordoba (Part 1).

Berkunjung ke Granada, tanah Andalusia.

Granada merupakan salah satu kota yang terdapat di tanah Andalusia. Ianya terletak di bahagian selatan negara Sepanyol. Penulis berpeluang melawat Granada pada musim panas yang lepas. Penulis dengan berani mengatakan yang Granada adalah kota tercantik yang pernah penulis lawati. Segalanya tentang kota ini memang menakjubkan. Sepanjang perjalanan penulis, penulis dapat melihat deretan pokok oren yang rendang dan penuh dengan buah. Granada juga sangat bersih. Kota … Continue reading Berkunjung ke Granada, tanah Andalusia.

Makanan Afghanistan di Kabul Restaurant, Munich.

Pertama kali penulis makan di sini adalah pada tahun 2013. Waktu itu penulis sedang menjalani latihan internship yang merupakan sebahagian daripada program Ijazah Sarjana penulis. Latihan internship penulis waktu itu adalah bersama Matrade Frankfurt. Jadi penulis berpeluang mengikut kakitangan Matrade Frankfurt menyertai pameran perdagangan Transport & Logistic yang di anjurkan di Munich. Selepas habis pameran, penulis di bawa ke restoran ini untuk makan malam. Memang … Continue reading Makanan Afghanistan di Kabul Restaurant, Munich.

Shakshuka.

Masa penyediaan: 30 Minit Masa Memasak: 30 Minit. Tentang shakshuka : Shakshuka merupakan makanan yang berasal dari timur tengah. Ianya merupakan hidangan sarapan pagi yang berasaskan telur dan tomato puree. Shakshuka sesuai dimakan dengan roti. Ianya amat mudah dibuat dan rasanya amat enak. Bahan-bahanĀ  1 biji bawang besar (potong dadu) 3 biji bawang putih (potong dadu) 1 biji tomato (potong dadu) 2 biji cili api … Continue reading Shakshuka.