Selamat datang

Hi Semua. Terima kasih sebab menjenguk laman web ini. Melalui laman web ini, penulis akan kongsikan pengalaman penulis menjamah dan menikmati makanan menarik, unik dan eksotik sepanjang saya mengembara. Penulis juga ada berkongsi resepi masakan sendiri dan juga pengalaman serta tip-tip sewaktu saya melawati tempat-tempat menarik.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat memberi inspirasi untuk anda mencuba sendiri hidangan-hidangan tersebut bila ada rezeki dan kesempatan untuk melawat tempat-tempat berkenaan. 

Dunia ini penuh dengan makanan-makanan menarik, jadi tak salah untuk kita mencuba makanan yang baru.

Amelia Rodzman


Nama penulis Amelia Puspa binti Rodzman. Penulis cuma orang biasa yang menjalani hidup biasa-biasa sahaja. Seperti insan lain, penulis juga ada impian dan harapan yang mahu dicapai.

Penulis asalnya seorang guru, tapi sekarang sedang berehat sebentar. Sambil-sambil itu, penulis mula berjinak-jinak membuat laman web dan menghasilkan bahan tulisan sendiri yang berkisarkan kehidupan penulis.

Kebanyakan hasil tulisan penulis adalah tentang makanan yang penulis masak sendiri atau yang penulis cuba di restoran dan tempat-tempat menarik yang pernah penulis lawati.


%d bloggers like this: